Wardina Safiyyah
Kredit Gambar : Facebook Wardina Safiyyah

Ramai artis popular yang telah melakukan hijrah untuk berhijab. Ada yang setengah jalan dan ada yang kekal istiqamah. Tidak kurang yang melebarkan jenama hijab mereka sendiri. Ini senarai HIJABISTA dari kalangan artis wanita yang popular dan kekal berhijab:

1. Wardina Safiyyah

Antara artis yang mula-mula berhijab hingga mencetus fenomena apabila tudung yang diperaga Wardina agak viral. Keputusan diambil setelah balik dari mengerjakan umrah. Ternyata rezeki pelakon ini tetap laris biarpun setelah berhijab.

2. Erra Fazira

Erra Fazira

Mula berhijab sejak Jun 2015 dan bukan disebabkan oleh desakan seseorang. Sebaliknya Erra berkata;
“Saya berterima kasih kepada ALLAH SWT kerana Dia bukakan pintu hati saya untuk berubah kerana Dia”. Masih kekal berhijab dan turut membuka jenama sendiri dengan nama Rara By Erra Fazira.

3. Ziana Zain

Ziana Zain

Ziana Zain atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 46, mula berhijab sekitar tahun 2014 dan mengesahkan bahawa imej baharu tersebut sebagai penghijrahan kekalnya sehingga ke akhir hayat.
“Ini adalah hadiah yang ALLAH SWT berikan kepada saya, sebuah ganjaran yang dijanjikan setelah tidak putus-putus doa daripada peminat, kawan-kawan dan yang paling termakbul adalah doa kedua ibu bapa saya”.
Walaupun berhijab, Ziana Zain tetap laku sebagai duta produk dan sebagainya.

4. Amy Mastura

Amy Mastura

Penyanyi kecil molek ini mengikut jejak langkah rakan artis seperti Erra Fazira dengan ambil keputusan berhijab pada Jun 2015.
“Sudah lama saya berniat ke arah ini tapi Alhamdulillah semuanya jadi tanpa paksaan sesiapa. Saya tidak merancang tetapi ini kewajipan saya sebagai wanita Muslim”.

5. Siti Nordiana

Siti Nordiana

Penyanyi dan juga pelakon dan kini pengacara ini, Siti Nordiana atau Nana semakin popular setelah memenangi program realiti Gegar vaganza. Ternyata rezeki Nana mencurah-curah selepas itu. Dia yang berhijab ketika bulan puasa mengakui bersyukur dengan apa yang Tuhan berikan padanya.
“Lagipun perubahan imej yang saya lakukan ini adalah satu kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai seorang wanita muslim. Malah, ini juga adalah langkah awal untuk saya berubah ke arah menjadi seorang insan yang lebih baik.”

6. Eja

Eja

Beliau berhijab setelah pulang dari mengerjakan umrah sekitar tahun 2013. Sejak itu Eja terus mengambil pendekatan untuk kekal istiqamah dengan penghijrahannya. Malah Eja mengakui sudah lama mahu berhijab tetapi alasan sibuk ketika itu. Rajin hadir ke majlis ilmu dan Eja juga cukup selesa mengenakan imej labuh dan longgar sejak lima tahun lalu. Bagi Eja keputusan untuk berhijab adalah tepat kerana ia petunjuk dari Allah.

7. Catriona Ross

Catriona Ross
Kredit Gambar: Z.Nadzri

Pelakon berdarah Scotland ini juga cukup anggun tika ambil keputusan untuk berhijab beberapa tahun lalu. Malah Catriona juga rajin memberi ceramah motivasi bercerita mengenai penghijrahannya. Ditanya bagaimana jalani kehidupan sebagai wanita Muslimah dan apakah cara terbaik untuk yakin dan berani berhadapan dengan masyarakat sekeliling selepas mengenakan tudung, katanya bukan hanya tingkah laku saja perlu dijaga, tetapi soal fizikal juga perlu diambil kira.

8. Irma Hasmie

Irma Hasmie

Ibu kepada dua orang cahayamata ini mula berhijrah pada tahun 2015. Masih kekal cantik dan popular dan kini selesa sebagai pengacara.
“Apa yang penting, bagi terus kekal dengan imej baru tersebut kita perlu lihat pada niat. Jadikan niat penghijrahan itu untuk Allah dan bukannya untuk orang lain.”

9. Diana Amir

Diana Amir

Mengikut jejak langkah Irma adalah Diana Amir yang juga mengambil langkah bijak melakukan penghijrahan. Ceritanya sedikit berbeza kerana mendapat alamat mengenai kiamat sebelum ambil keputusan berhijab. Dia bertekad dengan keputusan tersebut biarpun mengakui dirinya masih terlalu cetek dengan ilmu agama. Kini Diana begitu istiqamah dan selesa mengenakan hijab labuh.

10. Ella

Ella
Kredit Gambar: Instagram Ella

Mula berhijab setahun lalu dan kini masih kekal menutup mahkotanya dengan hijab. Menurut Ella, suaminya turut gembira dengan penghijrahannya dan berharap ia kekal.

11. Natasha Hudson

Natasha Hudson
Kredit Gambar : Instagram Natasha Hudson

Nyata Natasha tetap istiqamah dan berkata suaminya adalah pembimbing yang membawa ke jalan yang betul. Semoga Natasha akan terus berpenampilan begitu kerana jiwanya cukup tenang berada dekat di sisi Allah.

Sumber : Hijabista

Loading Facebook Comments ...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here