12 Selebriti Bergabung Demi Raih Dana Kemanusiaan

Komited untuk terus menyebarkan mesej kemanusiaan kepada masyarakat, Islamic Relief Malaysia (IRM) dan Pertubuhan Ukhuwah 4 Ummah (U4U) baru-baru telah melancarkan Projek Squad Celebrity Global Volunteers bagi tujuan meraih dana kemanusiaan sebanyak RM2.4 juta.

Squad Celebrity Global Volunteers ini akan memberi fokus kepada empat projek pembangunan IRM iaitu di Malawi, Bosnia & Herzegovina, India dan Filipina. Selain itu, projek ini dianggarkan dapat membantu seramai 9880 penerima manfaat di keempat-empat negara yang terlibat.

Empat projek tersebut ialah School 4 Godda di India, Tabang 4 Marawi di Filipina, Water 4 Malawi dan Misija 4 Bosnia di Bosnia dan Herzegovina.

12 Selebriti Bergabung Demi Raih Dana Kemanusiaan

Secara ringkasnya projek ini meliputi sektor bantuan bekalan air bersih, pendidikan dan bantuan mangsa peperangan.

Menggandingkan 12 selebriti yang terdiri daripada barisan penyanyi, blogger, IG star dan pelakon,majlis pelancaran yang diadakan di ibu kota tersebut memperkenalkan Irma Hasmie, Redza Shah, Lufya Omar, Diana Amir, Farah Lee, Ashraf Muslim, Faizal Ismail, Fara Fauzana, Zoey Rahman, Nadia Sabrina dan Dhirar Zainal sebagai ikon untuk projek ini.

12 Selebriti Bergabung Demi Raih Dana Kemanusiaan

Majlis yang diadakan 4 April tempih hari ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IRM, Zairulshahfuddin Zainal Abidin. Turut serta Presiden U4U, Mohamad Sharudin Dawam.

Zairulshahfudin ketika dihubungi memberitahu bahawa sejajar dengan visi IRM yang ingin mewujudkan dunia yang prihatin, tahun ini IRM menggembeleng usaha bersama-sama dengan pihak U4U dalam memastikan 12 selebriti yang menjadi ikon projek ini menyelami kehidupan dan penderitaan yang dilalui oleh penerima manfaat di negara-negara yang berkaitan sekali gus dapat menyebar mesej kemanusiaan kepada masyarakat.

12 Selebriti Bergabung Demi Raih Dana Kemanusiaan

Bagi yang berminat untuk turut sama menjadi sebahagian daripada duta kecil selebriti melalui projek, boleh mendaftar atau layari laman web untuk makumat lanjut. Ikuti juga laman sosial untuk mengetahui sebarang info terbaharu :

Loading Facebook Comments ...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here