A Bit With Ebit

A Bit With Ebit

A Bit With Ebit – Nama Ebit Liew tidak asing buat rakyat Malaysia terutamanya golongan jalanan atas pendekatan dakwah beliau yang tidak memilih bulu.

Terbaru, Ustaz Ebit Lew meneruskan usaha dakwah di platform televisyen dengan muncul di TV AlHijrah selaku panel tetap di dalam rancangan A Bit With Ebit.

Bergandingan dengan Fadzli Aziz selaku hos rancangan, A Bit With Ebit telah mula ditayangkan bermula 21 Ogos, setiap Selasa, jam 7.30 malam selama 8 episod siaran.

A Bit With Ebit, program tajaan Al-Fateh Junior adalah rancangan bual bicara interaktif yang mengupas isu kekeluargaan berpandukan sunnah Baginda Rasulullah SAW.

Jika di lorong-lorong sekitar jalan Tuanku Abdul Rahman, Ustaz Ebit Lew berbicara soal Islam dan tanggungjawab kepada Allah, di TV AlHijrah pula tumpuan akan diberikan kepada aspek pembentukan institusi kekeluargaan yang menjadi asas kepada wujudnya masyarakat dan negara yang gilang gemilang.

Menariknya, penerbitan A Bit With Ebit menitikberatkan kaedah ‘dakwah bil hikmah’ atau boleh diterjemahkan sebagai komunikasi persuasif yang arif dan bijaksana di dalam setiap tajuk perbincangan.

A Bit With Ebit

Sepanjang 30 minit siaran, penonton akan ditemani Fadzli Aziz, Ustaz Ebit Lew dan selebriti jemputan memahami konsep, falsafah, peranan, hala tuju dan tanggungjawab keluarga dalam konteks Islam.

SELEBRITI JEMPUTAN

A Bit With Ebit tambah menarik dengan kehadiran lapan selebriti tempatan selaku tetamu jemputan pada setiap episod bagi menghangatkan topik perbincangan.

Antara selebriti yang hadir adalah Zarina Zainudin, Dato’ Siti Nurhaliza, Bazli UNIC, Ustazah Isfadiah, Abam Bocey dan Mawi. Mereka akan membincangkan topik-topik seperti Nota Cinta Untuk Awak, Arjuna Beta, Ting Ting Tang Ting, Sabar Yeob Sabar, Anak Mak, Menantu Hantu, Jangan Benci Cintaku dan Cia Cia Cia.

Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai tetamu jemputan A Bit With Ebit
Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai tetamu jemputan A Bit With Ebit

Sambil berbincang, penonton berpeluang untuk bertanyakan soalan sambil menikmati alunan muzik dari kumpulan Pilots Acoustic.

A Bit With Ebit turut menawarkan hadiah istimewa buat penonton di rumah menerusi kuiz mingguan yang dikemukan di Instagram rancangan ini. Penonton hanya perlu  menonton setiap episod rancangan dan menjawab soalan dengan tepat bagi menjadi pemenang utama.

Rancangan A Bit With Ebit perlu ditonton kerana ia berupaya menjadi platform rujukan kepada institusi kekeluargaan di Malaysia. Jadi jangan lupa untuk menyaksikan A Bit With Ebit mulai 21 Ogos, setiap Selasa, jam 7.30 malam di TV AlHijrah.

Loading Facebook Comments ...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here