Adiwiraku - Munsyid Malaysia

ADIWIRAKU

Adiwiraku – Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid Malaysia) tampil dengan single terbaharu sempena menyambut kedatangan Peristiwa Maulidur Rasul pada tahun ini. Jika sebelum ini Munsyid Malaysia tampil dengan lagu-lagu yang dibarisi artis-artis nasyid yang ‘otai’ dan terkenal seperti Raihan, Rabbani, Hijjaz, UNIC, Inteam dan sebagainya.

Istimewanya single terbaharu Munsyid Malaysia kali ini menghimpunkan ramai artis-artis nasyid yang baharu dan muda yang sedang sedang meningkat naik ketika ini. Antara artis-artis yang terlibat dalam rakaman lagu ini adalah kumpulan Damai & Friends, Fine, Fo’uz, Harmonious, If-One, Izmir Fareez, Major 9, Mizie Kamis, Paradise, Pawana, R-iF, Rabithah, Simfoni, Usamah Kamal, dan Zeyad.

Melodi lagu ini dicipta oleh ahli kumpulan Simfoni iaitu Imtiaz Simfoni dan liriknya pula mendapat hasil sentuhan dari penulis lirik terkenal, saudara Radzi Sulaiman atau lebih dikenali dengan nama ITO Lara. Juga mendapat kerjasama oleh Syalina Ahmad selaku penterjemah untuk lirik Bahasa Inggeris serta kerjasama dari pelbagai pihak yang turut menjayakan projek rakaman lagu ini iaitu Razin Mestica selaku penerbit, Imtiaz Simfoni dan Fikri Major 9 sebagai pembantu penerbit, susunan muzik oleh saudara Wan Saleh dan ramai lagi yang turut membantu menyumbangkan idea.

BARISAN ARTIS NASYID BAHARU

Antara tujuan lagu ini diciptakan adalah sempena kedatangan Maulidur Rasul tahun 1439 Hijrah dan memperingati jasa dan pengorbanan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Antara tujuan lain juga adalah untuk memperkenalkan barisan artis-artis nasyid baharu dan muda yang kini sedang aktif dan meningkat naik dalam industri nasyid tanahair.

Bagi yang ingin mendengar lagu ‘Adiwiraku’, boleh dengar atau tonton di laman sesawang Youtube atau boleh membuat permintaan lagu di stesen-stesen radio yang ada. Sebarang maklumat lanjut atau undangan persembahan, boleh berhubung dengan saudara Asyraf Azehar di talian +6017-5941334.

Loading Facebook Comments ...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here