Seminar Seni Pengucapan Awam Halim Othman

YouGo Training & Media Consultancy (YouGo) dengan kerjasama Cosmopoint College Johor Bahru hari ini melancarkan program “Seminar Seni Pengucapan Awam & Pengacaraan @ Johor Bersama Halim Othman” yang mensasarkan orang ramai yang berminat untuk melonjakkan kemahiran mereka dalam seni pengucapan awam dan pengacaraan.

“Membuat ucapan, pembentangan, dan juga ‘pitching’ merupakan kemahiran yang sangat penting dan diperlukan pada masakini, lebih-lebih lagi dalam dunia pekerjaan dan perniagaan,” kata M. Zulkifli, CEO YouGo. “Tapi, masih ramai yang rasa gementar, dan lebih cenderung untuk mengelak dari berhadapan dengan audiens. Di seminar inilah orang ramai boleh belajar pelbagai cara dan ilmu untuk tampil lebih lancar dan berkeyakinan.”

Seminar ini juga sesuai buat mereka yang minat dan ingin menceburkan diri di dalam bidang pengacaraan, samada sebagai pengacara majlis, mahupun tampil di kaca TV.

“Melalui seminar ini, saya bakal berkongsi pengalaman saya sebagai pengacara hampir 26 tahun dengan peserta-peserta yang ingin mengasah bakat pengacaraan mereka,” kata Halim Othman, yang kini merupakan penyampai rancangan “Grand Stand” di Suria FM. “Saya akan memberikan tip-tip praktikal dalam segala aspek bidang ini, termasuklah ketrampilan diri, mengatasi kegugupan dan penjagaan suara.”

Seminar ini bakal diadakan pada 12 Mei 2018, bertempat di Cosmopoint College, Suite 29.01, Level 29, City Square Office Tower, No. 106-108, Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru, dari jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang.

YouGo juga menawarkan harga istimewa RM250 untuk setiap peserta (harga biasa RM299), jika pendaftaran dibuat sebelum 28 April 2018.

Mereka yang berminat boleh hubungi talian 012-3456055 atau emel info@yougotraining.com

Seminar Halim Othman

Mengenai YouGo Training & Media Consultancy

YouGo Training & Media Consultancy  (YouGo) ditubuhkan pada 2016 dan menawarkan pelbagai program latihan dalam industri kreatif dan media. YouGo juga memberi khidmat nasihat dalam strategi dan pembikinan konten. Kami juga mempromosikan pembelajaran berterusan dan konsep maju bersama.

Alamat:
YouGo Training & Media Consultancy
F-2-5, Jalan GC3
Glomac Cyberjaya, Persiaran APEC
Cyberjaya 63200
SELANGOR
www.yougotraining.com

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi M. Zulkifli di talian 017-6452295/012-3456055 atau emel mzulkifli@yougotraining.com

Loading Facebook Comments ...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here