Fitri Haris - Wahai Kekasihku

Belum reda dengan tampilan lagu perkenalan Hanya Tuhan yang Tahu 2018, Juara rancangan Gema Gegar Vaganza Musim 2; Mohamad Fitri bin Haris atau Fitri Haris ternyata terus ligat mewarnai industri muzik dengan kemunculan single keduanya yang berjudul Wahai Kekasihku.

Manifestasi Cinta Jarak Jauh

Wahai Kekasihku mendapat sentuhan Encik Mimpi manakala lirik oleh Hafiz Gharib dikatakan dicipta berselari dengan kehidupan sebenar penyanyi yang berasal dari Negeri Sembilan ini.

Single keduanya ini mendapat kerjasama daripada Indigital Sdn Bhd akan merancakkan lagi nama Fitri Haris dalam dunia digital, selain sentuhan kreatif grafik daripada MHK Designs serta sokongan penuh daripada butik pakaian Haqqi.

Ibarat rintihan dalam lagu, Wahai Kekasihku merupakan manifesto rasa rindu dan sayang jarak jauh sekali gus memperkenalkan dan mengajak pendengar bahawa cinta, rindu dan kasih sayang hakikatnya bersifat universal. Bukan sekadar sesama pasangan kekasih bahkan kepada Tuhan, rasul, ibu bapa dan sahabat handai.

Menafikan dakwaan lagu ini seperti kategori lagu ‘baru nak up’ untuk anak seni yang sudah dikenali, Encik Mimpi selaku komposer memberitahu lagu yang dicipta ini berbeza kerana tidak menampakkan elemen islamik secara jelas, namun tetap punya mesej yang baik.

Mahu Jadi Trendsetter Baharu

Umum mengetahui muzik video Wahai Kekasihku yang mendapat sentuhan kreativiti Tedy Rox Film sudah pun mula dipertontonkan kepada pendengar pada 27 Ogos lepas di Youtube Fitri Haris.

Menyentuh tentang konsep muzik video yang julung-julung kalinya tampil dalam versi bersiri atau berkesinambungan, Fitri mahu dan meletakkan dirinya sebagai trendsetter baharu dalam penghasilan musik video. Lagu Lafaz yang Tersimpan 2.0 akan menjadi kesinambungan musik video lagu Wahai Kekasihku.

Jalan cerita muzik video ini bukan cerita peribadi saya secara menyeluruh. Lagu yang dibawa merupakan isu kemasyarakatan. Saya mewakili mereka di luar sana yang mendepani pelbagai kisah jatuh bangun dalam hidup.

Mengharapkan kehadiran single terbaharunya ini dapat diterima orang ramai, Fitri juga memberitahu tidak mahu terus dilihat sebagai Fitri UNIC memandangkan sudah tidak lagi bersama kumpulan yang menjadi tapak kariernya itu.

Fitri Haris - Wahai Kekasihku
Foto Kredit : Indigital Music

Dengan pembawaan lagu yang sedikit berbeza kali ini, Fitri yang juga dalam proses akhir penulisan tesis PhD mengakui mengambil keputusan yang baik kerana telah keluar daripada zon selesa.

Saya sudah 16 tahun terlibat dalam dunia nasyid,” katanya.

Tambahnya lagi, “Setiap lagu ada mesej tersendiri jika kita ada mentaliti yang baik.

Impikan rap bermelodi dan genre lagu yang bervariasi, Fitri mengakui penjenamaan dirinya sebagai Fitri Haris makin diterima.

Berani mempertaruhkan dua lagi single yang akan menyusul tahun ini bagi menyempurnakan janjinya, Fitri yang ditemui baru-baru ini ketika Majlis Pelancaran Single Kedua Wahai Kekasihku di Neway Karaoke, One Utama, Damansara memberitahu selain Lafaz yang Tersimpan 2.0, sebuah lagi single baharunya akan mendapat sentuhan Awi Rafael.

Sebelum ini, Soofi Media dimaklumkan antara single yang akan diterbitkan adalah lagu Zinnirah. Namun, Fitri tegas memberitahu bahawa lagu tersebut tidak akan direkod baharu untuk kebaikan bersama. Keputusan ini dibuat bagi mengelakkan berlaku perbalahan sesama peminat. Ini ekoran timbul isu membandingkan dirinya dengan kumpulan nasyid yang meningkat naik kini; UNIC selain beberapa isu lain.

Loading Facebook Comments ...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here