Tahun 2017 sudah mula memasuki suku kedua. Harapnya semua perancangan berjalan lancar. Sejak tahun 1996 irama nasyid mula memberi impak dan fenomena dalam industri muzik Malaysia. Kini sudah menjangkau 21 tahun. Persoalannya kemana hala tuju industri nasyid tanahair?

Jika dilihat dari sudut besar, industri muzik Malaysia masih lagi bertahan dan kemunculan barisan artis baru ada yang memberi impak dan selera berbeza dari pendengar.

Di mana artis baru NASYID?

Apakah sudah tandus bakat-bakat baru yang berkualiti? Sudah tiadakah penerbit, pencipta dan penulis lagu yang baik di kalangan pemain industri nasyid, atau nasyid masih lagi seperti dulu? Perlukan pembaharuan atau sudah cukup selesa dengan apa yang ada?

ANUGERAH INDUSTRI MUZIK MALAYSIA (AIM) tahun 2016 menyaksikan tiada satu anugerah pun dirangkul oleh penyanyi nasyid tanahair. Apakah sudah tidak bermutu karya nasyid di Malaysia atau sudah tenggelam kerana pemain lama yang masih bergelanggang. Bukan mahu menjatuhkan industri sendiri namun apa yang dilihat tiada satu langkah jitu yang diambil untuk mengangkat bakat-bakat baru.

Masih dibelenggu dengan masalah media, radio & televisyen yang masih dengan polisi lama, atau pelan promosi yang kurang berkesan?

Jika dibincangkan dari sudut bukan komersial, nasyid masih lagi banyak dipertandingkan di semua peringkat sehinggakan ke peringkat kebangsaan pun masih lagi dipertandingkan. Tahniah JAKIM atas penganjuran FESTIVAL NASYID KEBANGSAAN di Melaka pada 2016. Nampak peningkatannya, cuma penyertaan dan saingan tampak tidak seimbang. Pemain-pemain lama atau artis-artis lama nasyid masih terus bergelanggang dek kerana perjuangan yang sangat berkualiti.

Nasyid perlu ada pemain-pemain baru yang muda dan ‘fresh’.

Bukan buat apa yang pemain lama dah buat. Rangka strategi baru dengan konsep yang baru. Pengalaman perlu dicari juga dicipta. Jangan kita tenggelam dengan keselesaan.

Dunia semakin mencabar, dunia digital kini menguasai pasaran. Manfaatkan dengan sebaik mungkin. Percayalah jika ada satu pasukan yang dibarisi pemain baru dengan bimbingan juga mentornya pemain-pemain lama yang pernah mencetus fenomena suatu masa dahulu, nasyid mampu menggegar semula.

Mohon maaf jika coretan ini akan ada banyak pihak yang tidak menyokong. Tapi mungkin juga mendapat sokongan yang baik. Tidak mustahil! Kita merancang tapi DIA penentu segala.

Loading Facebook Comments ...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here