Kolabrasi adik beradik Heliza Helmi dan Hazwani Helmi nampaknya semakin mendapat tempat dikalangan penggemar lagu-lagu nasyid. Selepas kejayaan mencatat tontonan sebanyak 603,000 melalui lagu ‘JOM SELAWAT’, mereka sekali lagi muncul dengan muzik video terbaru ‘JOM DOA’.

Lagu ciptaan Razin dari kumpulan Mestica ini turut dimuatkan di dalam album Heliza Helmi bertajuk JOM! yang diedarkan oleh syarikat penerbitan Islamik, NCRecords. Muzik ini telah dimuatnaik di laman Youtube ‘NCRecords Channel’ sejak 12 Disember 2016 lalu.

Muzik video ini telah dirakamkan disekitar Putrajaya dan kawasan pergunungan di New Zealand. Penonton pasti terpegun dengan keindahan alam negara itu.

Untuk menonton muzik video ‘JOM SELAWAT’ klik di sini : https://youtu.be/YFf7WqwW6qM

Facebook Heliza Helmi : https://www.facebook.com/helizahelmi
Instagram Hazwani Hemli : https://www.instagram.com/hazwanihelmi

Selamat Menonton!

Loading Facebook Comments ...

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here