Peserta program realiti Imam Muda musim pertama, Imam Muda Miril meninggal dunia sebentar tadi. Perkara ini disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Oasis, Ustaz Ahmad Fuad melalui aplikasi ‘Whatsapp’.

Imam Muda Miril atau nama sebenarnya, Amiril bin Md Banin, dikatakan mengadu sakit kepala setelah selesai ceramah di Kuantan sebelum dimasukkan ke hospital awal pagi. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang pada usia 33 tahun.

Semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah

Imam Muda Miril Meninggal Dunia

Loading Facebook Comments ...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here