Bukan mudah memahat nama dalam industri muzik masa kini. Dengan lambakan artis-artis baharu yang muncul lebih merumitkan usaha untuk bersaing.

Tidak terkecuali dengan pendatang baharu, Izmir Fareez. Pernah menghasilkan single pertama ‘Hanya Dia’ terbitan Unicdotmy Pro, pelantun lagu-lagu positif ini tidak pernah patah semangat untuk terus mencuba nasib. Terbaharu, beliau mempertaruhkan single kedua bertajuk ‘Kembali’.

Lagu ciptaan Akmalul Azmi ini berkonsep genre slow-rock. Rentak muzik ala 90an yang dibawa diharap dapat menarik pendengar-pendengar yang cenderung meminati genre muzik ini.

Izmir Fareez Pertaruh Single Kedua 'Kembali'

KEMBALI berkisar tentang pengakuan manusia yang tidak lari dari kesilapan dan ingin kembali kepada fitrah. Lagu yang mendapat sentuhan muzik dari Along Exist ini sudah mula diperdengarkan di YouTube channel Ada Exist Sdn Bhd dan terdapat di platform digital Apple Music, iTunes, Joox, Spotify, Deezer & KKBox.

Video Lirik : https://youtu.be/OLFC2zKez_s

Loading Facebook Comments ...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here