Jampi-Ustaz Elyas Ismail

Hebat macam mana pun manusia, tetaplah ber”jampi”- Ustaz Elyas Ismail

Bukanlah asing jika tokoh dakwah juga rilis album. Rekod mencatatkan ramai pendakwah yang meluaskan pengaruh dakwah masing-masing menerusi bidang suara sama ada menerbitkan album doa, album zikir dan sebagainya.

Lihat sahaja album Zikir Zindagi Ustaz Haslin Bollywood yang pernah diterbitkan oleh UNIC DOTMYPRO. Sambutannya sangat luar biasa. Album ini menjadi bahkan antara pencetus fenonena yang baik dalam mempelbagaikan metode dakwah.

Terbaharu, Ustaz Mohamad Elyas Ismail atau lebih dikenali sebagai Ustaz Elyas Ismail turut rilis sebuah album doa berjudul Jampi Bahagia. Meski sentiasa sibuk memenuhi jemputan ceramah selain jadual pengambaran televisyen dan lain-lain yang padat, karya ini pastinya dapat dimanfaatkan ramai kerana dapat membantu pendengar menghafal selain mempelbagaikan doa harian.

Hebat macam mana pun kita sebagai manusia, ketika Allah mencabut ketenangan daripada hati, maka sekelip mata dunia ini akan berasa sempit. Oleh itu, ber”jampi” lah dengan ayat-ayat cinta Allah dan Rasulullah, anda akan temui luasnya rahmat untukmu!” Begitulah pesan Ustaz Elyas menerusi penerbitan album ini.

Antara doa yang dimuatkan menerusi album ini ialah doa mendapat cahaya petunjuk, doa elak keburukan, doa keselamatan, doa penawar dan kesembuhan dan banyak lagi.

Selain menampilkan sembilan track doa, Jampi Bahagia turut menampilkan sebuah lagu bonus iaitu #JikaBenar. Lirik lagu ini yang ditulis sendiri oleh ustaz sebagai vokal utama manakala mendapat sentuhan melodi daripada komposer; Halim Ahmad.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui, terdahulu, Ustaz Elyas pernah tampil berduet bersama-sama kumpulan nasyid anak muda; Al-Manna menerusi lagu Ajarkan Aku Setia. Sebagai pencapaian, lagu ini layak ke peringkat separuh akhir Anugerah Nasyid tahun lalu.

Selain itu, anak kelahiran Kedah ini juga pernah berduet bersama-sama kumpulan nasyid yang meningkat naik iaitu UNIC menerusi lagu Hitam Putih selain pernah menerbitkan album sulung berbentuk zikir dan motivasi iaitu Syurga Dunia terbitan UNICDOTMYPRO.

Album Jampi Bahagia terbitan Fokus Hikmah Resources yang berharga RM21.90 ini boleh didapati menerusi talian WhatsApp +60162484896.

Jampi-Ustaz Elyas Ismail

Ikuti laman sosial @ustazelyasismail untuk mengetahu perkembangan lanjut tokoh dakwah selebriti ini.

Loading Facebook Comments ...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here