Lan Pet Pet memulakan kerjaya dalam bidang hiburan setelah bakatnya dicungkil melalui program realiti Sinaran Pasport Kegemilangan. Kemudian beliau dipilih untuk menganggotai kumpulan lawak nombor 1, SENARIO. Melalui bakat dan gaya tersendiri beliau sering mencuit hati para penonton.

Ini pesanan saya, sesiapa yang masih ada emak, tolonglah jaga emak. Doa emak itu sempurna…

Ini merupakan kata-kata beliau yang menonjolkan sisi istimewa pelawak ini sehingga Imam Muda Asyraf turut memohon doa dari Lan Pet Pet setiap kali bertemu.

Minta doa dari Lan Pet Pet

Jika jumpa dengan Abg Lan Pet Pet saya pasti minta doa dari beliau. Ya. Biar apa orang kata. Setiap kali jumpa saya mesti suruh Abg Lan Pet Pet doakan saya. .
.
Ada org pernah tanya kenapa?. .
.
Saya yakin dan pasti. Krn terdapat byk riwayat hadith sebut tentang maqbulnya doa seorang insan jika ia berkhidmat kepada ibu dan ayah dengan baik. .
.
Inilah yang dijadikan tajuk bab bagi Imam Bukhari terhadap 3 org yang maqbul doanya setelah terperangkap di dalam gua. Serta betapa maqbulnya doa Uwais Al-Qarni setelah diteliti sejarah hidup beliau yg sangat menyantuni ibunya. .
.
Abg Lan Pet Pet yg sy kenali seorang yang sanggup membujang lama hanya kerana mahu berkhidmat kepada ibunya. Menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan hanya semata kerana ingin membantu ibunya. Banyak lagi kisah beliau bersama ibunya yang tak mampu dicatat

.
Namun hakikat adab manusia walau bertaraf ustaz sekalipun tak perlu malu untuk menuntut doa dari sesiapapun. Walau beribu org datang meminta doa darinya. Tak salah kita juga meminta org lain mendoakan kita. Sedangkan Nabi penuh tawaduk pernah menyuruh Umar mendoakan Nabi SAW saat Umar musafir. Apatah lagi kita.

Hati netizen tersentuh

Sumber : Instagram Imam Muda Asyraf

Loading Facebook Comments ...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here