Selepas kejayaan single ‘Ana Muslim’ yang berentak ceria dan funky, Simfoni kini tampil dengan buah tangan terbaru bergenre pop yang berjudul ‘Mengalir Ke Syurga’. Karya terbaru ini mengetengahkan rentak, lagu dan mesej yang lebih serius berkenaan isu keamanan dunia dengan mengambil kira keadaan dan situasi yang menimpa negara-negara Islam ketika ini seperti Syria, Palestin, Rohingya dan sebagainya.

Melodi lagu ini dicipta oleh ahli kumpulan Simfoni sendiri iaitu Imtiaz dan liriknya pula mendapat hasil sentuhan yang sangat mendalam dari penulis lirik terkenal, saudara Fedtri Yahya. Istimewanya single terbaru Simfoni ini turut menampilkan artis popular, Heliza Helmi. Aktivis kemanusiaan ini turut sama menyumbang idea dalam pembikinan lagu dan video muzik. Pemilihan Heliza Helmi sebagai penampilan istimewa dalam lagu ini adalah kerana beliau selaku aktivis yang sangat aktif dalam misi bantuan dan kemanusiaan.

‘Mengalir Ke Syurga’ telah pun berada di pasaran digital sejak pertengahan Jun 2017 dan video muzik rasmi lagu tersebut juga telah dimuatnaik ke dalam channel Youtube Unicdotmy Pro. Video yang berdurasi 5 minit itu menggambarkan kepada kita situasi dan keadaan peperangan, perjuangan, kesedihan dan kemusnahan yang melanda di negara-negara Islam yang bergolak ketika ini. Lirik yang tertera di bahagian bawah video tersebut memberi mesej dan kesedaran kepada umat manusia semua untuk terus berdoa dan memberi semangat kepada mereka yang ditindas.

Bagi yang ingin mendengar lagu ‘Mengalir Ke Syurga’, boleh dengar di pasaran digital seperti iTunes, Spotify, KKBOX dan Deezer. Untuk menonton video muzik rasmi, boleh tonton di channel Youtube rasmi Unicdotmy Pro. Sebarang undangan persembahan Simfoni, hubungi 017 – 255 8834, atau emel kepada simfoninasheedpro@gmail.com.

Loading Facebook Comments ...

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here