Kasorrga – Selepas memberi impak dalam GGV musim kedua, Mestica kini kembali dengan single terbaru mereka berjudul “KASORRGA“. Lagu genre “progressive rock” ini ditulis sepenuhnya oleh Shaiful Mestica dan susunan muzik oleh Belle Fattah. Process mixing dan mastering adalah sentuhan Along Exist. Along Exist turut menyumbang petikan gitar dalam lagu ini. Mestica masih kekal dengan barisan asal mereka sejak ditubuhkan pada tahun 2002 yang terdiri daripada Razin, Khairul, Shaiful dan Khalil.

Intipati utama lagu ini adalah zikir munajat nukilan Imam Al-Ghazali yang sangat popular dalam masyarakat muslim Malaysia. Kasorrga yang bermaksud ruang, destinasi atau keadaan yang menjadi tujuan hidup seseorang telah tersedia di semua platform digital iTunes, Apple Music, Spotify, Joox dan banyak lagi pada 18 Ogos 2018.

Mestica Kasorrga

Proses pembikinan videoklip KASORRGA ditaja sepenuhnya oleh Shafeex Studio. Apa yang lebih menarik, muzik video ini turut menampilkan Amir Raja Lawak. Penampilan beliau seakan-akan seperti menyertai kumpulan nasyid popular itu. Manalah tahu menjadi kenyataan satu hari nanti kan?

Video muzik Kassorga sudah boleh ditonton di channel YouTube EthiqueNation. Untuk mengikuti perkembangan terkini Mestica, layari Facebook Mestica dan Instagram mestica.official.

Loading Facebook Comments ...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here