Dalam kesibukan si kecil berbakat besar ini menggendalikan perniagaan tudung beliau, tidak sekali menjadikan dirinya lupa tentang erti kemanusiaan. Walau masih di usia muda, kecekalan hati pelakon dan model kanak-kanak, Mia Sarah Nasuha menambat hati pihak Aman Palestin Berhad, untuk melantik beliau sebagi Duta Kecil Aman Palestin dalam satu sidang media yang berlangsung petang tadi di The Loaf, Sogo Kuala Lumpur.

Mia Sara Duta Cilik Aman Palestin

Selain perlantikan Mia Sara sebagai Duta Kecil, pihak Aman Palestin juga berbesar hati untuk mengumumkan Pencetus Ummah Yeop (PU Yeop) sebagi duta baharu mereka dan perlanjutan kontrak Mr Bie sebagai duta.

KEMPEN AID FOR SYRIA

Melalui sidang media ini juga, pihak Aman Palestin melancarkan kempen Aid For Syria yang bermula pada hari ini sehingga April 2017. Melalui kempen ini, 2 pakej utama diperkenalkan, pertamanya Pakej Bantuan Musim Sejuk yang bernilai RM150 dan kedua adalah Pakej Ten4Syria yang bernilai RM10. Pakej Ten4Syria ini merupakan kempen derma serendah RM10 fokusnya adalah secara online.

Mia Sara Duta Cilik Aman Palestin

Antara aktiviti mahupun program yang akan dijalankan sepanjang berlangsungnya kempen ini ialah konsert kemanusiaan, busking amal, gerak gempur tabung Aid For Syria dan Misi Kemanusiaan ke Syria bagi menghantar bantuan hasil sumbangan orang ramai yang akan dilaksanakan pada bulan November 2016.

KEMPEN SYRIA HOUR

Selain itu, salah satu program besar yang akan dilaksanakan ialah kempen #SyriaHour yang memfokuskan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya berkaitan dengan pergolakan yang berlaku di Syria. Masa yang diperuntukan bagi kempen ini selama”Satu Jam” sahaja yang akan diadakan pada 15 Mac 2017. Tarikh tersebut dipilih sempena memperingati pergolakan dan peperangan di Syria yang belum menemukan titik kedamaian.

Loading Facebook Comments ...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here