MIRWANA diasaskan oleh Yasin Sulaiman (Brothers) sebagai kumpulan nasyid di SMKA Maahad Hamidiah pada tahun 1991. Batch yang paling menyerlah ialah Mirwana Generasi Ke-5 yang seterusnya diberi kepercayaan untuk terus berkarya menggunakan nama Mirwana dalam industri muzik Malaysia. Ahli-ahli Mirwana yang terkini seramai 6 orang iaitu Hafiz, Ikram, Naim, Faiz, Akmal dan Along.

Sejak zaman persekolahan, Mirwana pernah menghasilkan album Cry For Freedom sewaktu mereka di tingkatan lima dan Terima Kasih Guru pada tahun 2000 sempena Sambutan Hari Guru peringkat negeri Selangor.

Album mainstream pertama mereka dilancarkan pada tahun 2004 dengan lagu-lagu hit Hikmah Kembara dan Aku Tanpa Cinta-Mu. Album ini telah di ‘repack‘ semula dengan tambahan 2 lagu baru: Keampunan & Seruan Lima Waktu.

Album terakhir Mirwana dilancarkan pada tahun 2010 dengan lagu-lagu seperti Jauh, Andaiku Pergi dan Tika Masanya (bersama kumpulan Hujan).

Mirwana – Antara Pencapaian

Anugerah Era 2004
+ Lagu Nasyid Pilihan – Hikmah Kembara
+ Vokal Duo / Kumpulan Pilihan

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2004
+ Artis Nasyid Paling Popular

Anugerah Era 2005
+ Lagu Nasyid Pilihan – Aku Tanpa Cinta-Mu

Anugerah Carta Nasyid IKIM
+ Artis Baru Terbaik
+ Lagu Paling Lama Bertahan Dalam Carta – Hikmah Kembara
+ Lagu Paling Banyak Menjuarai Carta – Aku Tanpa Cinta-Mu
+ Juara Keseluruhan – Hikmah Kembara

Gema Gegar Vaganza Buka Ruang

Mirwana telah kembali aktif selepas menyertai Gema Gegar Vaganza anjuran Astro Oasis. Mereka boleh dikatakan antara pilihan sebagai juara. Sokongan padu peminat lama dan baru mereka tampil bertenaga setiap minggu.

Mirwana GGV
Mirwana tenpat ketiga Gema Gegar Vaganza

Antara lagu-lagu yang disampaikan seperti Satu (Dewa), Bertakhta di Hati (duet bersama Farahdhiya), Raikan Cinta (M. Nasir) dan The Climb (Miley Cyrus). Tetapi rezeki tidak berpihak Mirwana. Mereka sekadar di tempat ketiga.

Cinta Bukan Mainan Ada ‘Sesuatu’

Terkini, Mirwana sedang giat mempromosikan single terbaru Cinta Bukan Mainan. Lagu ini mendapat sentuhan komposer Hafiz Hamidun melalui label Arteffects Records. Malah, Mirwana juga masih sibuk dalam proses untuk beberapa lagi material akan datang.

Ini adalah kali pertama kami bekerjasama dengan Hafiz Hamidun. Bila Mirwana menerima lagu ini untuk kami dengar, kami terus bersetuju tanpa menunggu tempoh yang lama kerana lagu ini seolah-olah ada ‘sesuatu’. Kami tidak akan melepaskan sebuah karya yang sesuai dengan vokal Mirwana”. ujar Ikram.

Sejak dilancarkan muzik video pada 1 November lalu, lagu ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dan kini hampir 140 ribu tontonan. Lagu Cinta Bukan Mainan boleh didapati disemua platform digital seperti iTunes, Spotify, Deezer, Yonder dan lain-lain lagi.

Terbaru Mirwana akan menganjurkan showcase pertama selepas lebih 20 tahun dalam bidang seni pada 2 Disember 2017 di Ruang, Shah Alam.

Loading Facebook Comments ...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here