Sudah menjadi kelaziman sesebuah produksi filem untuk menjadikan sesebuah lagu sebagai bahan promosi filem terbaru mereka. Samada lagu yang dibuat khas atau lagu sedia ada yang diangkat sebagai lagu tema. Ini menjadikan sesebuah karya itu nampak lebih hidup dengan skor muzik yang menepati jalan cerita.

Inilah yang dibawakan oleh penerbit dan pengarah filem seram no 1, Khurafat, Syamsul Yusof untuk filem terbaru arahan beliau Munafik yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei pada 25 Februari 2016.

Tidak sekadar mengarah, tetapi beliau juga bertindak sebagai pencipta dan penyanyi lagu tema filem tersebut yang bertajuk, Kalah Dalam Menang. Julung kalinya beliau bergandingan bersama Mawi. Ekspresi yang ditonjolkan oleh beliau sangat berpadanan dengan lirik yang ditulis bersama sahabat baik, Dr. Anwar Fazal, berkisarkan tentang maksud munafik itu sendiri. Menerapkan kesedaran tentang maksud kehidupan didunia dan peranan manusia sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi.

Lagu yang diterbitkan oleh Arteffects International ini telahpun siap pembikinan muzik video dan sudah dimuatnaik di laman Youtube untuk tontonan semua.

Sebagai tambahan, filem Munafik dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Nabila Huda, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, Fizz Fairuz, Dato Rahim Razali, A.Galak, Zarina Zainordin, Ruzlan Abdullah dan Syamsul Yusof sendiri.

Loading Facebook Comments ...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here