Muzik Video ‘Kekasih’, Halim Ahmad kini trending #9 di YouTube & dalam masa 5 hari sudah mencecah hampir 600k tontonan.

Anggota kumpulan Devotees ini telah melancarkan single terbaharu beliau berjudul ‘Kekasih’ pada 17 Ogos 2018. Lagu ini menceritakan tentang nilai pengorbanan seorang isteri kepada suami. Walaupun kisah cinta mereka tidak sampai hujung nyawa kerana Allah lebih menyayangi si isteri.

Menampilkan Ardell Aryana seorang pelakon popular dalam muzik video ini ternyata membawa satu kelainan. Lagu ini merupakan ciptaan Hakim Majid. Manakala muzik video ini merupakan gabungan idea Ardell Aryana, Halim Ahmad & Ahmad Nasuha. Pengambaran dilakukan di sekitar Kuala Selangor. Lagu yang baru sahaja dilancarkan pada 17 Ogos lalu mendapat sambutan yang baik oleh para peminat Halim Ahmad dan kini lagu ‘Kekasih’ trending di Youtube dan hampir mencecah 600K penonton dalam masa lima hari.

Teristimewa buat peminat Halim Ahmad lagu ‘Kekasih’ terbitan Neurotic Studio ini boleh dimuatturun disemua digital platform seperti Apple Music, iTunes, Spotify, KKBox dan JOOX.

Kini muzik video ‘Kekasih’ boleh di tonton di laman Youtube : https://youtu.be/JvwhSEVqIXY

Loading Facebook Comments ...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here