Terkesan menyaksikan sendiri masalah dalam kehidupan seharian kita bersama isu kemanusiaan yang tidak pernah selesai, telah mendorong kepada penciptaan lagu ‘Kamu’ daripada Najwa Latif.

Single berjudul ‘Kamu’ ini adalah ciptaan penuh Najwa sendiri dan liriknya dibuat bersama kakaknya Ika Latif . Menurut Najwa, sebagai manusia biasa beliau terpanggil untuk menulis tentang kehidupan dan pentingnya kasih sayang dan kehidupan di dunia terutamanya dalam keluarga.

Beliau melihat betapa pentingnya sokongan dari keluarga dan sahabat ketika seseorang itu menghadapi dugaan dalam kehidupan seharian mereka, menurut Najwa lagi dia hanya mampu untuk membantu memberi perangsang dengan bersuara melalui lagu.

Menurut penulis liriknya Ika Latif:

Saya mahu masyarakat sedar yang pentingnya kasih sayang tanpa wujudnya diskriminasi di dunia ini, tambahnya sesuatu yang berlaku dalam kehidupan pastinya akan ada jalan penyelesaian dan semuanya berakhir dengan kebaikan.

Lagu Kamu bukanlah lagu pertama ciptaan Najwa dan Ika latif, ini merupakan lagu yang ke-12 pasangan komposer dan penulis lirik ini. Najwa baru sahaja menghabiskan pengajian dalam bidang bahasa Inggeris di UNITAR International University dan berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya.

Beliau berharap lagu ini diterima ramai dan mengubati kerinduan peminatnya yang lama menantikan lagu terbaharu daripadanya.

KAMU kini boleh didapati di iTunes.

Loading Facebook Comments ...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here