Da’i Pendakwah Milenia sebuah program yang bakal mengetengahkan golongan muda yang berkebolehan untuk berdakwah secara berhikmah. Setelah melalui 3 musim yang berjaya sebelum ini, program ini sekali lagi bakal menggegar pentas dakwah untuk musim ke 4. Musim-musim sebelum ini telah dimenangi oleh Da’i Adibah (Nor Adibah Binti Rozain) musim pertama, Da’i Farhan (Nik Ahmad Farhan) musim kedua dan Da’i Hamidah (Hamidah Binti Ab Razak) musim ketiga, siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara bagi musim ke 4.

Pihak produksi Da’i Pendakwah Milenia telah menggelurkan tarikh-tarikh ujibakat yang bakal dijalankan bermula 17 April sehingga 16 Mei untuk semua yang berminat untuk menggetengahkan bakat.

Syarat-Syarat Untuk Menghadiri Penyertaan / Ujibakat :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berusia diantara 18 – 30 tahun
  3. Lelaki & Perempuan (Berpelajaran dan Berpendidikan)
  4. Petah Berhujah di Khalayak Ramai
  5. Berpakaian Kemas & Profesional

Jadual & Lokasi Ujibakat

Ujibakat Da'i Pendakwah Milenia

Andakah Penggerak Revolusi Dakwah Seterusnya? Sertai Ujibakat D’ai Pendakwah Milenia TV3.

Loading Facebook Comments ...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here