Di bulan mulia yang penuh keberkatan ini, telah mendorong kepada penciptaan lagu Ramadhan oleh THE ALIF.

Bernaung di bawah label AJ Music Malaysia, THE ALIF merupakan band yang berkonsepkan Brit Pop dengan membawa lagu lagu berunsurkan kehidupan dan kemanusiaan, dianggotai oleh: Aliff Hassan selaku vokalis, Meor Ian (Gitaris), Khubaib (Bassist) dan Arm Mazlan (Drum) masing-masing berasal dari Ampang Selangor.

Ada sebab mengapa The Alif melancarkan single terbaru berjudul “RAMADHAN” kolaborasi bersama artis nasyid, Adi Akmal, Firdaus If-One, Puteri Firdaus & Putera Aiman.

Single terbaru berjudul RAMADHAN ini menampilkan kelainan dari sisi penciptaan lagu dari THE ALIF, berkonsepkan ketuhanan dan membawa sentuhan inang & kontemporari. THE ALIF turut berkolaborasi bersama artis nasyid iaitu Adi Akmal dan Firdaus If-One juga dibantu oleh adik-adik Puteri Firdaus dan Putera Aiman.

Lagu RAMADHAN ini lebih kepada mesej menyampaikan tentang kemuliaan bulan Ramadhan dan sangat sesuai dihayati oleh semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak kerana melodi yang ringkas dan mudah di hafal.

Selain itu kumpulan THE ALIF berharap lagu ini dapat diterima sepanjang bulan Ramadhan “Kita juga perlu menyambut bulan Ramadhan sepertimana kita menyambut datangnya Syawal” jelas Alif, selaku ketua kumpulan.

THE ALIF berharap agar mesej yang cuba disampaikan diterima baik oleh semua lapisan masyarakat kerana lagu ini ditujukan khas kepada seluruh umat Islam yang menyambut bulan Ramadhan.

Muzik Video Rasmi “Ramadhan ” boleh dilayari di Youtube: https://youtu.be/pwNzQ4Avx6o

Loading Facebook Comments ...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here