TV AlHijrah - 5 Rancangan Baharu 2018

TV AlHijrah

Masa berlalu terlalu pantas. Hampir tidak terasa bahawa tahun 2017 telah melabuhkan tirainya lantas membuka jalan buat tahun 2018 untuk melakarkan naskah baru.

Tahun 2018 akan menjadi tahun terbaik buat TV AlHijrah. Setelah diinobatkan sebagai TV ISLAM TERBAIK ASIA baru-baru ini di Asia Halal Brand Award, stesen televisyen ini kekal dengan azam dan iltizam mahu penjadi penyiar utama negara yang senantiasa menyajikan rancangan istimewa bertaraf Global, malar segar dan berorientasikan Islam dan nilai-nilai murni khas buat semua penonton dalam dan luar negara.

Oleh yang demikian, Januari ini TV AlHijrah memilih untuk menyajikan lima rancangan yang baru sahaja diterbitkan istimewa buat tatapan peminat setia stesen ini. Rancangan-rancangan tersebut adalah KASIHKU, KEMBALI FITRAH, KALAM HIKMAH, ALAM BARZAKH dan MIMBAR.

Program Baharu di TV AlHijrah
BilNamaGenreTarikh Siaran
1KASIHKUProgram Majalah Realiti Tanggungjawab Sosial KorporatSetiap Hari Selasa

6.30 petang – 7.00 malam

2KEMBALI FITRAHBual BicaraSetiap Hari Rabu

7.30 malam – 8.00 malam

3KALAM HIKMAHPendidikanSetiap Hari Khamis

7.30 malam – 8.00 malam

4ALAM BARZAKHKerohanianSetiap Hari Jumaat

7.30 malam – 8.00 malam

Mulai 12 Januari 2018

5MIMBARKerohanianSetiap Hari Sabtu

7.30 malam – 8.00 malam

Mulai 13 Januari 2018

 

KASIHKU

Program KASIHKU adalah sebuah program majalah realiti tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang membuka jalan kepada asnaf terpilih untuk merubah kehidupan mereka melalui bantuan yang disalurkan oleh Lembaga Zakat Selangor. Program ini bakal memberikan inspirasi, teladan dan semangat serta harapan kepada penonton, terutamanya asnaf-asnaf lain di seluruh negara.

TV AlHijrah - Kasihku

Rancangan ini dijayakan dengan kerjasama TV AlHijrah dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang bertindak sebagai rakan kolaborasi merangkap penaja utama dalam menerbitkan program Kasihku ini.

KASIHKU disiarkan setiap Selasa, jam 6.30 petang hingga 7 malam.

Program KASIHKU merupakan platform hebahan khusus untuk memberi pemahaman, perspektif positif dan informasi kepada masyarakat mengenai zakat. Antaranya adalah seperti saluran telus kutipan dan agihan, keberkesanan agihan zakat, keperluan-keperluan asnaf, ciri-ciri asnaf fakir miskin yang layak menerima zakat dan lain-lain lagi.

TV AlHijrah - Kasihku
Ustaz Nabil bersama Asnaf dalam program KASIHKU

Selain itu, antara tujuan lain penerbitan program KASIHKU ini adalah untuk mengangkat budaya muhibbah dan kerjasama tidak berbelah bahagi di antara agensi-agensi kerajaan, media dan badan-badan korporat yang terlibat secara langsung dalam usaha menaiktaraf kehidupan asnaf.

Tambah menarik, Ustaz Nabil Ahmad telah dipilih sebagai perantara rancangan KASIHKU ini. Selain mengacara, beliau turut bertindak sebagai seorang motivator yang memberikan motivasi dan inspirasi agar responden kekal kuat dilandasan kehidupan dan terus bersemangat untuk berjalan selaku Khalifah di muka bumi ini.

KEMBALI FITRAH

Rancangan KEMBALI FITRAH, sebuah rancangan dakwah antarabudaya yang menggandingkan dua muallaf mantap yang terkenal dengan sikap humor iaitu Profesor Dr. Taufiq Yap Yun Hin dan Syafiq Raffiqin Liow selaku hos rancangan.

TV AlHijrah - Kembali Fitrah

Program lapan episod berdurasi 30 minit ini akan bersiaran pada setiap Rabu 7.30 malam hingga 8.00 malam.

Kedua-dua hos ini akan berinteraksi dengan tetamu jemputan yang terdiri daripada mereka yang telah menerima Hidayah Allah seperti Saudara Shah Kirit dan Dr. Nuraisyah Chua mengenai pengalaman hidup, saat menerima hidayah dan kisah setelah menjadi muslim.

TV AlHijrah - Kembali Fitrah
Antara episod dalam rancangan Kembali Fitrah

KEMBALI FITRAH adalah program ringan dan santai namun memberi kesan besar kepada masyarakat. Rancangan ini memperjelaskan keterbukaan Islam terhadap budaya serta memberi penekanan bahawa bangsa bukan penghalang dalam penyatuan ummah.

KALAM HIKMAH

KALAM HIKMAH adalah sebuah program pendidikan yang mengajak penonton di rumah untuk belajar membaca Al-Quran dengan memperkemaskan tajwid dan taranum serta terjemahannya secara ringkas.

KALAM HIKMAH disiarkan pada setiap Khamis tepat jam 7.30 malam selama 30 minit siaran.

TV AlHijrah - Kalam Hikmah

Ustaz Taha Bin Haji Hassan dipilih sebagai Hos rancangan yang memberi bimbingan kepada pelajar dewasa iaitu mereka yang berada di dalam lingkungan umur 18 tahun hingga 28 tahun untuk mempelajari ilmu Qiraati dengan suasana pembelajaran kondusif di dalam kelas,

KALAM HIKMAH memberi penekanan kepada teknik bacaan Al-Quran dengan Tajwid yang betul dan tepat. Suasana pembelajaran tambah menarik apabila Ustaz Taha akan memperjelaskan setiap hukum tajwid yang dtemui sewaktu proses pembacaan Al-Quran secara santai agar mudah difahami dan diikuti oleh pelajar-pelajar di studio mahupun dirumah.

Ustaz Taha juga bertanggungjawab untuk memperkenalkan sekurang-kurangnya satu asas taranum baru dalam bacaan Al-Quran pada setiap episod. Contohnya seperti Taranum Bayyati, Taranum Soba, Taranum Hijaz, Taranum Nahwand dan Taranum Rast.

ALAM BARZAKH

Rancangan ALAM BARZAKH kendalian Ustaz Wadi Annuar membicarakan tentang kehidupan selepas kematian atau juga dikenali sebagai dinding pemisah di antara dua alam yang akan dialami oleh setiap manusia iaitu di antara alam dunia dengan alam akhirat.

ALAM BARZAKH disiarkan setiap Jumaat, jam 7.30 amalam hingga 8 malam.

TV AlHijrah - Alam Barzakh

Ustaz Wadi Annuar secara bersahaja namun berkesan akan membimbing penonton untuk sama-sama membicarakan perihal roh setelah bercerai nyawa daripada jasad sebagaimana yang tercatat dalam hadis.

Objektifnya tidak lain tidak bukan adalah untuk membawa penonton menghayati lantas menyiapkan bekalan untuk di bawa ke akhirat.

TV AlHijrah - Alam Barzakh
Ustaz Wadi Annuar dalam ALAM BARZAKH

Antara topik-topik yang akan disentuh sepanjang lapan episod siaran rancangan ini adalah seperti Hakikat Mati, Barzakh di dalam Al Quran dan Hadis, Saat Sakaratul Maut, Diiring Ke Taman Syurga, Diheret ke Lubang Neraka, Dahsyat Azab Kubur, Malaikat Maut, Munkar dan Nakir serta Realiti-Realiti Barzakh.

MIMBAR (MUSIM KETIGA)

Mimbar kini telah memasuki musim ketiga siaran. Dengan ‘tagline’ Satu Ummah Satu Akidah Menuju Husnul Khatimah, rancangan yang bertujuan memacu kecemerlangan rohani penonton ini mengekalkan Adi Akmal Sehrom selaku hos rancangan.

Mimbar disiarkan setiap Sabtu tepat jam 7.30 malam sejurus tamatnya rancangan Panggilan Agung Maghrib.

TV AlHijrah - Mimbar

Mimbar musim ketiga tampil menarik dengan barisan personaliti-personaliti agama tanahair yang dijemput khas ke studio untuk menemani Adi Akmal dalam membicarakan membicarakan tajuk-tajuk yang lebih dekat di hati penonton terutamanya golongan muda.

Anta personaliti-personaliti agama tersebut adalah seperti Ustaz Rozi Harun, Ustaz Syukri Ismail, Ustaz Dr. Ashraf Suarin dan Ustaz Shahabudin Md Yatim. Mereka akan mebicarakan tajuk-tajuk yang akan dikupas secara santai seperti Rempit Ke Masjid, Anak Derhaka, Air mata Ibu, Jaga Auratmu, Azab Api Neraka, Kita Hebat dan beberapa tajuk istimewa lain.

TV AlHijrah - Mimbar
Interaksi bersama Penonton di Studio – Mimbar

Apa yang penting, diakhir setiap episod siaran, para penonton akan mendapat gambaran tentang kepentingan menetapkan perjalanan hidup di dunia secara jelas menuju kealam akhirat.

Jangan lupa untuk terus setia bersama TV AlHijrah sepanjang Januari ini bagi menyaksikan rancangan- rancangan menarik yang telah disediakan.

Loading Facebook Comments ...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here