TRACK

  1. Doa Bangun Tidur
    Ukele dan gitar oleh Shafiq Mohd telah menghasilkan melodi yang membantu membina “mood” yang baik. Permulaan track doa yang menyegarkan. Kenalah dengan tajuk doanya itu. Doa di pagi hari, ketika memulakan hari baharu.
  2. Doa Melihat Cermin
    Vokal atau sebutan Raqib sebagai pelantun doa memang menjadi bonus. Insya-Allah, ini memudahkan anak kecil untuk menghafal dan memahaminya kerana sebutan yang jelas dan tidak terlalu laju. Sangatlah sesuai digunakan untuk pembelajaran awal kanak-kanak. Ya, pendengar cilik!
  3. Doa Keluar Rumah
    Sebagai orang yang berpengalaman dan berbakat dalam dunia taranum, akhirnya qari yang memenangi pelbagai anugerah ini memilih untuk menyuntik elemen taranum melalui track ini. Tidak mengecewakan.
  4. Doa Naik Rumah
    Intro yang menarik. Melodi kali ini dipadu hasil mainan tin whistle daripada Faliq Auri dan juga piano oleh Yuswa Ansari menjadi. Boleh tahan juga.
  5. Subhanallah ft Waris
    Saya pasti, inilah tarikan utama album ini. Memilih berduet bersama Waris, lagu sepenuhnya oleh komposer juga penyanyi yang dikenali ramai; DJ Fuzz ini memang akan diulang-ulang dengar. Persembahan lirik yang mudah difahami sudah menjadi bonus ini. Mesej lirik yang senang “ditangkap.” Part nyanyian Waris juga memuaskan seperti yang dijangka. Kerana itu ia menjadi gandingan yang serasi antara Raqib dan Waris. Insya-Allah. Cubalah layan muzik video lagu ini yang sudah ada di Youtube, saya yakin ramai yang akan tontonnya lebih daripada sekali. Dijamin, subhanallah! Moga banyak lagi karya sebegini ada untuk menarik pendengar baharu! Pakej elemen muzik dakwah kontemporari terserlah di sini. Religi moden.
  6. Selawat
    Irama seruling oleh Boy Razli dijadikan taruhan untuk mengusik perasaan pendengar untuk track ini. Lantunan selawat Raqib juga dirasakan disampaikan dengan penuh penghayatan.Allahumma solli ala Muhammad.
  7. Doa Makan
    Rancak. Bass, tiupan seruling dan mainan gitar berkesan membentuk melodi track doa ini. Doa yang biasa bagi kita, tetapi menawarkan pengalaman mendengar yang tersendiri, disampaikan dengan penuh baik.
  8. Doa Belajar
    Sekali lagi, sebutan yang jelas sangat melancarkan pendengaran dan pemahaman pendengar. Jatuh hati dengan ini. Best!
  9. Doa Ibu Bapa, Doa Tidur
    Tetap ada persembahan baharu. Mudahan, lebih penghayatan juga untuk kita.

SEKILAS:

Ada sembilan track doa yang biasa kita baca dan amalkan setiap hari menerusi album ini, namun sembilan doa ini tampil memang membawa manifestasi seni yang baharu.

Ternyata, meski sudah ada pelbagai album doa yang telah diterbitkan oleh artis-artis atau penggiat seni lain, album ini mampu berdiri dengan kekuatan tanpa dipengaruhi oleh album-album lain. Usaha yang murni dalam mewujudkan kepelbagaian. InsyaAllah, sangat memberi manfaat. Mudah-mudahan penghayatan doa lebih dirasai setelah mendengar setiap alunan doa yang ada.

Cuma jika ada diselitkan beberapa pemilihan doa yang jarang “diangkat”, mungkin ia akan membantu pendengar untuk menghafal atau mengingati doa baharu.

Contoh mudah, pengalaman saya sendiri yang mampu menghafal doa duha dan doa istikharah setelah mendengar beberapa kali zikir atau doa ini yang didendangkan oleh kumpulan UNIC. Alhamdulillah, ini kuasa mengulang-ulang.

Pada saya, ini satu kayu ukur yang baik bukan sahaja kepada penerbit karya bahkan kepada saya sendiri sebagai pendengar.

Kerana pada saya, ada segelintir pendengar yang mahukan nilai tambah untuk dirinya sendiri meski ia cuma hiburan atau halwa telinga. Dan inilah keistimewaan alunan doa dan zikir. Boleh difikirkan dan dipertimbangkan untuk projek selepas ini mungkin?

Apa pun, syabas Raqib dan Octave Record. Naskhah seni kalian ini ada auranya!

Loading Facebook Comments ...

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here