The Messengers – satu jenama yang menggabungkan 7 pemain industri hiburan Malaysia, mempunyai kemahiran serta ‘passion’ mereka melalui seni dan menterjemahkan karya mereka melalui muzik dan teater.

Ahli The Messengers: 

  1. Mohar Mohram
  2. Daqmie
  3. BrianNg
  4. Ella Shalwiza
  5. King Farhan
  6. MaiDeen
  7. Farique
  8. Tam

Setiap individu ini mempunyai latar belakang yang kuat serta pengalaman yang luas di dalam industri ini.

Objektif mereka untuk menyampaikan mesej yang membawa kebaikan kepada semua bukan sekadar di Malaysia, malahan ke seluruh pelusuk dunia.

“Tanpa alam, manusia tidak akan lama bertahan hidup. Dalam alam semesta,anda akan menemukan pencerahan tentang tujuan hidup anda. Renungilah sehingga anda menemukan petunjuk. Tuhan menciptakan alam semesta untuk dijadikan tempat merenung bagi orang-orang yang berfikir..”

– The Messengers

Mereka bakal tampil dengan eksperimen pertama, mini konsert stanza muzikal yang bertemakan ‘Rintihan Hutan‘.

Idea untuk menghasilkan konsert ini tercetus melalui perbualan santai antara Mohar, Daqmie dan Brian Ng. Bermula dengan membicarakan hal ehwal semasa sehinggalah kepada nilai kemanusiaan. Gejala sosial, kekejaman, hilangnya sifat belas sesama manusia dan makhluk serta bagaimana semua ini berlaku, memberi inspirasi serta semangat kepada mereka untuk menterjemahkannya melalui muzik.

Setiap muzik yang disampaikan pula mempunyai plot serta jalan penceritaan yang tersendiri. Namun, atas faktor kekangan masa, perancangan untuk menghasilkan konsert ini tertunda dan terhenti seketika.

Allah SWT Gerakkan Hati Saya

Impian untuk menghasilkan mini konsert ini tidak terhenti di sini sahaja. Pengasas The Messengers iaitu Brian Ng Kang Wei tetap meneruskan hasrat tersebut lebih-lebih lagi selepas memeluk Islam kira-kira setahun yang lalu.

“Allah telah menggerakkan hati saya untuk meneruskan hasrat murni ini yang mana ianya untuk manfaat kepada semua”. jelas beliau

Hasrat tersebut semakin membuak-buak sehingga membawa pertemuan secara tidak sengaja dengan Ella Shalwiza yang merupakan balu kepada arwah Salleh dari kumpulan BROTHERS dan juga kini merupakan pemilik tunggal Antasari Entertainment.

Rentetan pertemuan dan perbincangan yang memberangsangkan, impian dan hasrat untuk merealisasikan mini konsert stanza muzikal ini akhirnya terlaksana. Maka, tertubuhlah “The Messengers”.

Informasi Konsert

TEMA: Rintihan hutan
TARIKH: 23 – 26 Februari 2017
MASA: 3.00 petang dan 8.00 malam (2 sesi)
LOKASI: The Play Haus, 2-01, Pearl Shopping Gallery, Jalan Klang Lama

TEMPAHAN TIKET : Tempahan tiket telah pun dibuka. Harga asal tiket untuk konsert ini berharga RM 200 seorang. Namun, bagi anda yang membuat tempahan tiket awal dengan pakej “EARLY BIRD” anda hanya perlu membayar sebanyak RM50.00 sahaja!.

Promosi ini akan berakhir pada 16 Februari 2017.

Sila hubungi pihak pengurusan THE PLAY HAUS di talian +6012-2345449 untuk tiket anda sekarang!

Dibawakan bersama : Antasari Entertainment

Penaja Bersama :

  • Vonti Resources
  • Alta Mode
  • Heritage Pua
Loading Facebook Comments ...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here