Mengapa lagu nasyid tidak seperti lagu lagu lain? Menjadi sinonim hanya diputarkan hanya waktu azan di radio. Itu pun kadang-kadang tidak habis. Adakah kerana kualiti ataupun konsep lirik atau lagu yang tidak bertepatan. Yang diharapkan mungkin radio yang berkonsepkan positive content.

Tidak menyalahkan mana-mana pihak. Cuma rasanya perlu ada radio yang berkonsepkan Islamik swasta. Yang memang fokus untuk lagu-lagu berkonsepkan positif dan ketuhanan. Saya tidak pasti masih adakah lagi frekuensi yang dibenarkan? Harap-harapnya ada. Sebab saya sangat yakin dan percaya pendengarnya pasti melangkaui jangkaan. Sedangkan yang ada sekarang ini, yang konsepnya ke arah akademik pun masih lagi mendapat sambutan. Media massa memainkan peranan yang sangat penting untuk menentukan kemana karya terbaik itu perlu diletakkan.

Sampai Bila Nasyid Tiada Tempat

Nasyid mempunyai banyak karya-karya yang baik dan berkualiti. Tapi dimana letaknya karya-karya ini? Peminat nasyid pula hanya berlegar dikalangan peminat yang sama. Silap-silap peminat itu minat artis-artis nasyid yang sama. Perkara baik ini perlu disebarluaskan. Peranan siapa? Kita orang-orang nasyid ini platform media masih belum kuat. Yang baru muncul dalam arena ini pun masih belum cukup kualitinya untuk bergelanggang. Juga kadang-kadang artis yang sama dijemput buat persembahan setiap tahun. Adakah kerana harga? Kualiti? Populariti? atau Personaliti? (Ada rupa/kacak). Jadi bagaimana karya-karya baru yang baik ini ingin disebarluaskan? Media Sosial mungkin boleh membantu. Mungkin. Tetapi hakikatnya radio, televisyen dan suratkhabar masih lagi menjadi platform terbaik untuk kita menyebarluaskan karya nasyid ini.

Sampai Bila Nasyid Tiada Tempat

Di media sosial pun kadang-kadang ianya masih lagi berlegar dikalangan peminat-peminat nasyid juga. Apa yang kita mahu adalah karya ini sampai kepada peminat bukan nasyid (mainstream). Apakah formula yang perlu ada untuk karya nasyid ini diletakkan sebaris dengan lagu popular yang lain dalam radio di Malaysia ini? Apapun saya rasa kepada semua penggiat nasyid ‘We Must Move On‘ ke satu tahap penerbitan dan konsep juga imej yang ‘up to date’. Mesti ada satu kumpulan baru yang ‘MELETOP’ dari pelbagai sudut:

  1. Imej
  2. Konsep
  3. Showmanship
  4. Lagu / Lirik

Cuba buat satu untuk ‘try market’ di media massa. Jika ini caranya! Lagu nasyid nak dimainkan di radio dan mendapat tempat di media massa. Jom lakukan! Nasyid pernah menggegar Malaysia dan dunia. Kepada yang baru nak masuk industri muzik nasyid, tolong cari dan tanya kepada orang yang sepatutnya.

Loading Facebook Comments ...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here