Kaedah pembelajaran yang di sesuaikan dengan minat kanak-kanak untuk belajar dan fasiliti yang bertaraf 5 bintang menjadikan Sekolah Rendah Islam Rizq sebagai Sekolah Tahfiz bertaraf Antarabangsa yang pertama dalam kalangan negara-negara ASEAN. Keunikan sistem pembelajaran sebagaimana yang di amalkan di negara Finland dan Jepun yang menggunakan konsep “play based learning” di tambah dengan kaedah penghafalan Tahfiz moden menjadikan sekolah ini agar berbeza dengan sekolah-sekolah lain seumpanya. Cetusan idea yang di garap dengan unsur moden ini hasil gabungan pemikiran idea 4 orang anak muda yang berbeza latar belakang pendidikan.

Ruang Pembelajaran Yang Selesa
Ruang Pembelajaran Yang Selesa

Sekolah yang telah mendapat kelulusan dan sokongan sepenuhnya dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia pada bulan Julai yang lalu ini di asaskan oleh Abdullah Firdaus Bin Abd Jalil (29 tahun), Mohd Azzizat Bin Abdul Rahman (29 tahun), Dr Shiefa (27 tahun), dan Khairul Azwan Mohd Shafee (24 tahun).

rizq-relax

“Kami cuba untuk mencari satu kaedah pembelajaran yang berbeza yang akan menjadikan kanak-kanak seronok untuk datang ke sekolah sebagaimana yang di terapkan di negara Finland. Sistem pembelajaran yang di gunakan di Sekolah Rendah Islam Rizq mungkin agak berbeza dengan sekolah lain namun ia mampu melahirkan seorang Hafiz Quraan yang baik serta mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang akademik.” menurut Abdullah Firdaus Abd Jalil.

Kawasan Sukan Yang Disediakan
Kawasan Sukan Yang Disediakan

Sekolah yang terletak di Kg. Sungai Ramal Dalam, Kajang ini mempunyai 16 buah kelas, Auditorium, Dewan, Bilik Permaianan, Padang Bola serta kemudahan asas yang lain. Keunikannya juga melalui penggunaan Ipad yang di jadikan sebagai alat bantu mengajar khususnya dalam subjek Hafalan Al-Quraan. Selain itu juga, penerapan Ilmu Falak dan Astronomi Islam serta Robotik turut di perkenalkan sebagai aktiviti tambahan kokurikulum selain dari aktiviti yang sedia ada. Sesi pengajian pertama akan bermula pada Januari 2017 dengan mensasarkan pelajar seramai 300 orang pelajar sebagai permulaan.

Maklumat Berkaitan Sekolah

Nama Sekolah: Sekolah Islam Rizq
(diuruskan oleh Rizq Educare Sdn. Bhd (1180223-T)

Alamat Sekolah:Wisma RIZQ, Lot. 1456-2,
JalanCempaka Off Jalan Teratai,
Kampung Sungai Ramal Dalam,
43000 Kajang, Malaysia.
Tel : +603 8912 0447 / +6018 961 1615 (WhatsApp)

Laman Web: www.rizq.edu.my

Loading Facebook Comments ...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here