Baru-baru ini media Indonesia tular dengan video peserta The Voice Kids Indonesia, Sharla Martiza yang menyampaikan qasidah Assalamu Alayka dari Maher Zain. Suara Sharla turut dipuji oleh juri rancangan tersebut, Agnes Monica.

Terbaru sebuah video yang menggabungkan suara Sharla Martiza dan Maher Zain melalui qasidah yang sama telah diterbitkan di laman YouTube. Menurut pemilik akaun tersebut, Ali Amrullah, video tersebut telah melalui proses ‘mix’ antara vokal Sharla dan Maher Zain.

Apa yang lebih menarik, video yang telah ditonton lebih 1juta tontonan itu turut mendapat perhatian Paul AP, seorang jejaka beragama Kristian.

Sharla Martiza- Komen PaulAp

Beliau turut menyatakan suka mendengar bacaan Surah Ar-Rahman

Sharla Martiza- Komen PaulAp

Komen Positif Netizen

Komen dari Paul Ap ini mendapat reaksi positif dari netizen yang beragama Islam. Mereka turut mendoakan Paul mendapat hidayah dan memeluk agama Islam.

Sharla Martiza- Komen PaulAp

Apa yang boleh kami katakan, gabungan suara Sharla Martiza dan Maher Zain ini sangat ‘awesome‘ dan kami mendengarnya berulang-ulang kali. Semoga akan ada paduan suara yang sebetulnya dari dua pelantun qasidah ini.

Loading Facebook Comments ...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here