Zayan Indah di Hati

ZAYAN rancakkan industri seni tempatan menerusi pendekatan gaya hidup Muslim Moden  Kontemporari di pelbagai platform.

Maksud Zayan

Membawa maksud ‘keindahan’, pengisian baharu ini merupakan sebuah jenama berbahasa Malaysia keempat (4) di bawah naungan Astro Radio yang telah ke udara pada Oktober lalu menerusi frekuensi 104.9 fm, zayan.my serta aplikasi ZAYAN. Selain itu, turut menawarkan alternatif yang lebih baik untuk para pendengar khususnya untuk golongan Muslim Moden Kontemporari, yang mementingkan pengisian positif dalam mendasari dan memenuhi kehidupan seharian mereka.

ZAYAN menampilkan barisan personaliti yang bertenaga, kreatif, trendy, peramah, ceria dan mempunyai prinsip hidup yang tinggi seperti Mawi, Anas, Lin Ariffin, Raqib dan Falyq. Penyediaan serta pemilihan muzik yang ditawarkan pengisian baharu ini adalah merangkumi muzik tempatan dan antarabangsa yang berunsurkan mesej positif seperti memutarkan lagu-lagu pop dan ketuhanan.

MasaNama SegmenPenyampai ZAYAN
6.00 pagi – 10.00 pagiSalam BrosMawi & Anas
10.00 pagi –  3 petang#ZOTDLin Ariffin
3 petang – 7 malamZAYAN ValetRaqib
7 malam – 8 malamZAYAN Fikir (Z-kir) 
8 malam – 12 malamZAYAN CafeFalyq

Menurut Wan Syahrul Amry, Pengurus Kandungan Zayan,

“ZAYAN menawarkan alternatif yang lebih baik untuk para pendengar khususnya golongan Muslim Moden Kontemporari, yang mementingkan pengisian positif dalam mendasari dan memenuhi kehidupan seharian mereka. Kami menampilkan barisan personaliti yang bertenaga, kreatif, trendy, peramah, ceria dan mempunyai prinsip hidup yang tinggi.

Menggunakan #IndahDiHati sebagai slogan, ZAYAN turut menyajikan pelbagai segmen menarik untuk pendengar sasaran melalui segmen- segmen yang disediakan.Penyediaan serta pemilihan muzik yang ditawarkan ZAYAN adalah merangkumi muzik tempatan dan antarabangsa yang merangkumi lagu-lagu pop dan ketuhanan berunsurkan positif.

Aplikasi Zayan

Orang ramai hanya perlu menaip jenama ‘ZAYAN’, dan muat turun untuk mendapatkan sebuah aplikasi yang cukup menarik melalui App Store dan Play Store (Android). Aplikasi ini memberikan pelbagai pendekatan berguna khas buat Muslim yang memerlukannya.

Sebagai kompas hidup seharian mereka, ciri –ciri aplikasi Zayan amat unik dengan adanya peringatan waktu doa, pencari arah kiblat, ayat-ayat suci dari Al-Quran dalam bentuk audio dan video, petua harian, hadith-hadith bermanfaat, pencarian masjid yang terdekat, tasbih digital, pendaftaran semakan harian bagi umat Islam ataupun yang bakal memeluk Islam, kalendar Islam yang berubah menjadi kalender biasa dan sebaliknya, zikir-zikir terapi dan sebagainya.

Aplikasi ini akan datang akan menyediakan lebih banyak kegunaan untuk kehidupan Muslim Moden pada hari ini.

Video Inspirasi

Setiap minggu, mereka akan menerbitkan sebuah drama pendek atau juga dikenali sebagai #ZayanShort. Selain itu, mereka turut menghasilkan beberapa video mengenai tips-tips fesyen melalui #ZOTD yang akan dikendalikan oleh Lin Ariffin, video menarik tentang Mawi Jawi, di mana para tetamu di segmen Salam Bros akan mempelajari bagaimana ingin menulis perkataan dalam penulisan Jawi.

Akan datang, radio ini akan menghasilkan lebih banyak video-video inspirasi yang akan memberikan hiburan serta pengisian positif kepada pendengar yang merangkumi segmen –segmen seperti Bro Buskers, Ayat World dan Zayan Fikir bersama PU Taha PU (PU Taha akan memberi tazkirahnya dalam penyampaiannya yang lebih santai), serta kata-kata Indah daripada para artis yang berkunjung di studio dan sebagainya.

Pautan :

  1. Facebook
  2. Twitter
  3. Instagram
  4. Youtube
  5. Website
Loading Facebook Comments ...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here