Teknologi

4 Ciri Baharu WhatsApp Yang Dijangka Untuk 2021

Pemilik aplikasi WhatsApp, Facebook kini dalam proses untuk melancarkan ciri baharu untuk pengalaman yang lebih sempurna buat penggunanya. Ciri-ciri baharu yang dijangka bakal diumumkan pada tahun ini akan tersedia di semua pelantar Desktop, Web, Android dan IOS.

Jom kita tengok apa ciri-ciri baharu WhatsApp yang bakal muncul pada 2021. Let’s go!

1.Mute Video

Ciri Mute Video ini membolehkan pengguna untuk memadam suara (volume) video sebelum menghantarnya kepada pengguna yang lain atau memuatnaik ke status WhatsApp. Ikon kecil akan dipaparkan untuk pengguna mengubah untuk memadam atau membiarkan suara mengikut kemahuan pengguna.

via WABetaInfo

Buat masa ini, ciri baharu mute video sudah terdapat dalam versi Beta untuk pengguna Android dan diharapkan akan dilancarkan juga di perisian-perisian yang lain dalam masa terdekat!

2. Panggilan Suara dan Video dari Desktop dan Web

Ini ciri baharu yang dinanti-nantikan ramai pengguna untuk tahun 2021. WhatsApp bakal menambahbaik ciri panggilan suara dan video mereka ke aplikasi desktop dan web.

via WABetaInfo

Ciri ini akan berfungsi sama seperti mesej dihantar dari dekstop. Dalam erti kata lain, telefon pintar anda haru mempunyai sambungan internet yang aktif jika anda menggunakan WhatsApp voice or audio calling dari web/ dekstop app.

3. Read Later

Read Later menggantikan Archive – via WABetaInfo

Archived Chats kini bakal digantikan dengan Read Later. Ciri baharu ini dikatakan adalah versi yang lebih baik. Pengguna tidak akan menerima notifikasi apabila mesej dipindahkan ke ruang Read Later.

Selain itu, ciri ini akan merangkumi ‘vacation mode’, yang akan memastikan read later chats berfungsi dengan cara yang sama seperti archived chat pada versi yang lebih stabil. Read later juga akan dilengkapi dengan butang edit untuk pengguna menyesuaikan tetapan. Pengguna WhatsApp juga boleh memilih beberapa chat sekaligus untuk unarchive dengan cepat.

4. Multiple Devices

WhatsApp menaiktaraf ciri baharu untuk ‘Multiple Devices’ dan dilaporkan dalam peringkat akhir ujian sebelum dilancarkan tahun 2021. Fungsi ini akan membolehkan pengguna log masuk ke akaun WhatsApp yang sama pada empat peranti yang berbeza secara serentak!

via WABetaInfo

Syarat untuk sambungan Internet pada telefon pintar yang didaftarkan akan dihapus dan membolehkan pengguna masuk dan menggunakan web atau desktop WhatsApp tanpa telefon pintar mereka disambungkan ke aplikasi.

‘Chat History’ boleh diselaraskan di semua peranti bersama maklumat yang lain.

WHAT'S YOUR REACTION?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

The Waleed

I want to write an online bio, but I can't describe myself!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button