Trending

Alif Satar disahkan Positif COVID 19

Penyanyi dan pelakon Alif Satar kini memaklumkan bahwa dirinya telah disahkan positif COVID-19.

Berita duka itu dikongsi sendiri olehnya dalam sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Advertisement

Katanya, beliau yang sebelum ini telah melakukan beberapa kali saringan COVID-19 akui kini seakan redha dengan apa yang terjadi.

“Assalamualaikum… Dalam kesibukkan Alif menjalankan penggambaran, Aplif telah melakukan beberapa ujian saringan covid-19. Malangnya, keputusan terkini yang Alif baru sahaja terima hari ini, telah menunjukkan bahawa Alif di dapati positif covid-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan dan mendukacitakan.

Ujarnya lagi, beliau juga turut meragui akan soal keselamatan keluarganya.

“Perkara pertama bila Alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga, isteri dan anak-anak Alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestinya kontak-kontak rapat yang telah berjumpa dengan Alif.”

Alif yang kini memaklumkan sedang menjalani proses kuarantin mendedahkan pihaknya juga telah memberi nama kepada pihak KKM terhadap kontak rapat yang dikenal pasti olehnya dalam tempoh 14 hari.

Selain memohon maaf pada semua pihak, beliau juga menyeru orang ramai agar mendoakan yang terbaik untuknya dan diberikan kesembuhan daripada virus berkenaan.

“Alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah S.W.T. Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan… p/s Alif sekarang menjalani proses kuarintin.”

Untuk rekod, Alif muncul di kaca televisyen secara langsung menerusi persembahan yang dilakukannya di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 35 #SFMM35 Jumaat lalu.

Source
Beautifulnara

Wanza Mohamad

Editor, penulis bebas, ghostwriter, tutor. Ikon Seni USIM

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button