Hiburan

Doa Sam Bunkface Nak Menyebut Nama Allah dan Rasul dalam Lagu Kini Termakbul Melalui Mencari Sinar

Siapa yang dapat menduga dua genre yang berbeza dapat bergabung menjadi sebuah karya yang baik. Ini telah dibuktikan dengan kolaborasi baru Inteam bersama Sam Bunkface yang masing-masing membawa genre Pop Islamik dan Punk Rock. MENCARI SINAR, sebuah lagu khas sempena Ramadan yang membawa mesej ‘penghijrahan’ sesuai dengan kedatangan bulan yang penuh keberkatan ini.

Idea ini dicetuskan oleh Smileyriver Online (Smileyriver) setelah kejayaan projek tahun 2016 yang menampilkan Alif Satar, Inteam dan Nocturnal Voice melalui lagu JANGAN MENGHINA.

MENCARI SINAR merupakan ciptaan terakhir Allahyarham Ahmadi Hassan yang belum pernah dirakamkan. Bahkan, ini juga merupakan satu-satunya karya Allahyarham yang diberikan suntikan Rap sesuai dengan aliran muzik zaman moden. Elemen rap ini turut diimprovisasi oleh Sam Bunkface.

“Sam pernah berdoa nak menyebut nama Allah dan Rasul dalam lagu Bunkface, tapi selalu tak jadi. Allah nak makbulkan doa Sam, tiba-tiba syarikat rakaman Smileyriver approached untuk kolaborasi lagu Mencari Sinar! Alhamdulillah, doa Sam makbul dan sangat gembira nak menyampaikan sesuatu yang lain dari kebiasaan,” jelas Sam menceritakan detik awal penglibatan beliau dalam projek ini.

“Ini merupakan kali pertama Sam bekerjsama dan bertindak sebagai produser untuk lagu Pop Islamik. Ini cabaran baru buat Sam tetapi dalam masa yang sama tetap gembira dan ini satu penghargaan buat Sam,” tambah beliau.

Menurut Sam, susunan muzik ini mengambil masa seminggu dan turut dibantu oleh Epul Kuat yang juga bertindak sebagai pengadun (mixing) untuk lagu yang telah di dilancarkan pada 9 April lalu.

“Sam dengan kerjasama Epul Kuat mengambil masa lebih kurang satu minggu untuk menghasilkan arrangement yang sesuai seperti yang dibincangkan dengan pengurus dan penerbit lagu ini. Kemudian kami cuma mengambil masa satu hari untuk proses rakaman suara bersama dengan abang-abang Inteam. Sam juga ada minta Fauziah Gambus untuk menyumbangkan alunan gambus,” ujar beliau.

MENCARI SINAR - Inteam dan Sam Bunkface
INTEAM, Sam Bunkface bersama Fauziah Gambus

Hazamin Inteam, ketika ditanya tentang kolaborasi bersama Sam Bunkface, in jawab beliau;

“Alhamdulillah, Inteam diberi kepercayaan oleh pihak Smileyriver sekali lagi berkolaborasi untuk lagu MENCARI SINAR. Menariknya, kali ini bersama dengan Sam Bunkface. Ini merupakan kali kedua Inteam bekerjasama dengan pihak Smileyriver dan pertama kali digandingkan dengan vokalis Bunkface.

“Proses rakaman lagu tidak mengambil masa lama dan berjalan lancar dengn bantuan Sam. Kami banyak bertukar-tukar pendapat dan ini sangat memudahkan proses rakaman. Walaupun kali pertama, rasanya bekerja bersama Sam sangat senang. kami sangat teruja dengan projek kali ini dan mengharapkan penerimaan segenap lapisan masyarakat,” jelas Hazamin.

MENCARI SINAR kini telah tersedia di semua pelantar digital, Spotify, Apple Music, Joox, YouTube Music, KKBox, Deezer dan banyak lagi. Muzik video rasmi MENCARI SINAR boleh ditonton di saluran YouTube Smileyriver Online dan setakat ini telah menggumpul 44 ribu jumlah tontonan.

WHAT'S YOUR REACTION?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

The Waleed

I want to write an online bio, but I can't describe myself!

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button