Gaya Hidup

Fitri Haris Ajak Masyarakat Lawan Covid-19 Secara Ilmiah

Cakna dengan situasi pandemik yang masih melanda negara, penyanyi yang juga pensyarah di Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Fitri Haris, mengambil inisiatif bekerjasama dengan Kumpulan Megaklinik Zahran melancarkan program diskusi ilmiah tanpa keuntungan bernama Zahran Sahabat.

Bertujuan untuk mengupas segala perihal berkaitan COVID-19, program ini telah pun bersiaran sebanyak tiga episod dan dijangka akan berlangsung selama 13 episod atau lebih. Menggunakan platform sosial iaitu Instagram, Zahran Sahabat akan menemui penonton pada setiap hari Jumaat,  jam 9 malam.

 “Zahran membawa maksud keindahan. Program ini adalah satu inisiatif saya dan Megaklinik Zahran dalam membawa kempen kesedaran dan mengupas masalah tekanan mental dalam kalangan rakyat Malaysia kini.”

“Saya memohon dan merayu agar maklumat ini dapat disampaikan kepada umum dalam membantu negara bebas COVID-19,” beritahu Fitri mewakili sukarelawan Zahran Sahabat dan selaku hos tetap dalam program secara santai tersebut.

Zahran Sahabat

Mengetengahkan panel tetap seperti Ketua Kesihatan Megaklinik Zahran, Dr. Zafirah, Ketua Pegawai Operasi, Dato’ Nafidz serta isteri, Datin Ummul Khairiyah, tetamu yang terdiri daripada pelbagai kepakaran turut menjadi tumpuan utama. Barisan selebriti terkenal tanah air  juga diundang bagi membolehkan mereka berkongsi pengalaman masing-masing dalam melawan COVID-19.  Antaranya ialah Datin Rebecca Islam, Dato’ Fizz Fairus serta isteri, Datin Almy Nadia dan Wawa Zainal.

Penjagaan pesakit COVID-19, pemilihan tempat kuarantin dan pengambilan vaksin untuk golongan berisiko tinggi antara perbicangan yang telah dikupas untuk manfaat masyarakat.  – SOOFI

WHAT'S YOUR REACTION?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Wanza Mohamad

Editor, penulis bebas, ghostwriter, tutor. Ikon Seni USIM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button