Hiburan

Fitri Haris Julang Nama Malaysia Di ASEAN Awards 2021

Tuah badan. Berkat kerja keras, penyanyi yang juga Pensyarah Kanan UUM, Dr. Fitri Haris menerima penghargaan besar di acara berprestij ASEAN AWARDS 2021. Majlis berlangsung di JW Marriot Hotel, Surabaya, Indonesia pada 19 Mac 2021 baru-baru ini.

Merangkul  ASEAN Entrepreneur Excellence Award Winner 2021, penghargaan ini menitikberatkan tiga  elemen berkaitan Innovation, Inspire, Creativity.

Dimaklumkan keputusan dan penilaian yang dilakukan oleh juri dari Indonesia Awards Center diambil atas kecemerlangan beliau dalam menjalani perjalanan karier sebagai anak seni, ahli akademik dan juga ahli perniagaan tika pandemik COVID-19.

Kajian ‘This is Nasyid’ yang ditekuni sepanjang tujuh tahun bermula 2013 termasuk ke beberapa negara seperti United Kingdom, Mesir, Indonesia dan Malaysia ditambah pula sokongon yang dizahirkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui Dana Kandungan Digital melayakkan anak jati kelahiran Seremban ini menepati kriteria Innovation.

Fitri Haris Asean Awards 2021

Menurut juri, ‘This is Nasyid’ juga menjadi bahan rujukan baharu dan legasi ilmu bukan sahaja di peringkat ASEAN malah antarabangsa terutamanya dalam dunia pendidikan dan pelancongan budaya.

Menjadi duta sekali gus membantu  perniagaan butik Al-Mukarramah selain sering menerbitkan lagu-lagu baharu di samping  khidmat sebagai pensyarah, pihak juri menjadikan pencapaian ini sebagai penilaian utama yang melayakkannya menepati kriteria Inspire.

Bagi elemen Creativity pula, ia dinilai berdasarkan komitmen pelantun lagu Suara Azan ini yang menjalankan perniagaan dan berkongsi manfaat ilmu secara kreatif dan mesra masyarakat melalui konsep ‘education dan entertainment’.

Tidak dapat hadir di acara penuh gemilang lantaran kekangan pandemik, anugerah tersebut diterima oleh wakil yang dilantik khas yang diurus oleh Presiden IRAMA. Fitri menerima trofi kecemerlangan, sijil dan sagu hati.

Rancang Penerbitan Peringkat Antarabangsa         

Dalam perkembangan lain,  Fitri memaklumkan sedang menanti jawapan daripada KKMM berkaitan terbitan buku yang akan menjadi satu aras baharu bagi dunia akademik secara am dan muzik khususnya.

Menurutnya, buku enam jilid yang bersifat komprehensif tersebut akan menjadi satu-satunya terbitan di Malaysia dan dunia yang menjadi sumber rujukan berkenaan Muzik Nasyid di Malaysia.

Selain itu, juara Gema Gegar Vaganza musim ke 2 juga bekas vokalis kumpulan nasyid UNIC ini juga merancang untuk menubuhkan dan membesarkan lagi empayar dunia pendidikan dan hiburan Islam.

Untuk makluman, Fitri merupakan satu-satunya ahli akademik yang mempunyai kelulusan PhD  dalam Islamic Music di ASIA dan telah tersenarai dalam lima ahli akademik dunia yang mendalami ilmu muzik Islam khususnya.- SoofiMedia

WHAT'S YOUR REACTION?
+1
2
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Wanza Mohamad

Editor, penulis bebas, ghostwriter, tutor. Ikon Seni USIM

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button