Trending
Trending

“Harap Suatu Hari Nanti, Ebit Liew Ada Hospital Sendiri..” – Fedtri Yahya

Nama Ebit Irawan Ibrahim Liew atau Ustaz Ebit Liew memang tidak asing lagi sebagai seorang dermawan yang sering membantu golongan memerlukan tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama.

Beliau juga seorang usahawan yang memiliki pasar raya sendiri di bawah nama Elewsmart dengan memiliki banyak cawangan di sekitar Lembah Klang.

Baru-baru ini, pendakwah popular itu memuat naik sebuah posting berkongsi tentang pembukaan cawangan pasar raya tersebut di Danau Kota.

View this post on Instagram

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

“Pohon doakan yer. Esok pembukaan @elewsmart Danau Kota. Jumpa esok yer. Semoga menjadi asbab kebaikan,” Ebit Liew

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan agar urusan beliau dipermudahkan setelah pelbagai bentuk bantuan diberi kepada golongan susah.

Dalam pada itu, personaliti televisyen Fedtri Yahya turut meninggalkan komen pada posting berkenaan terbabit. Dia meluahkan harapan agar suatu hari nanti Ebit  dapat membuka hospital sendiri pula.

Harap suatu hari nanti ada hospital sendiri

Bagi warganet, mereka menyifatkan Ebit adalah ‘hero’ apabila sering menjadi individu terawal tampil menghulurkan bantuan sekiranya terdapat kisah golongan daif yang menjadi tular di media sosial.

WHAT'S YOUR REACTION?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Source
OhMyMediaInstagram Ebit Liew

The Waleed

I want to write an online bio, but I can't describe myself!

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button