Trending
Trending

Ibu Sedih Anak 5 Tahun Positif Covid-19 Ke Hospital Seorang Diri

Tular di media sosial tentang seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun bernama Saffiya, disahkan positif Covid-19. Tambah menyedihkan, apabila melihat Saffiya bersendirian tanpa boleh ditemani oleh ahli keluarga ketika dijemput oleh pihak hospital.

Umur 5 Tahun Disahkan Positif Covid-19

Menerusi perkongsian video berdurasi 12 saat itu, Saffiya dilihat mengucapkan selamat tinggal kepada ibunya. Saffiya dilihat tenang walaupun berseorangan semasa dijemput petugas kesihatan lengkap memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) di rumahnya.

Di penghujung video tersebut, ibu Saffiya sempat memberikan pesanan ringkas;

Bye mama, ok bye-bye kakak, jaga diri.
Ok, jangan nangis ok, kakak good girl kan.

Undang Sebak Netizen

Video tular ini sehingga kini telah menerima lebih 18,000 ciapan. Rata-rata netizen turut bersedih dengan keadaan yang dilalui oleh adik Saffiya ini.

Saffiya-Covid19-Komen-Netizen

Dah Bersama Ayah!

Foto: Hariyati Arrifin

Menerusi satu status yang dimuat naik oleh seorang wanita dikenali Hariyati Arrifin, di laman Facebook, berkongsi keadaan terkini yang terjadi kepada kanak-kanak itu. Wanita itu dipercayai nenek kepada Saffiya (kanak-kanak pesakit Covid-19) menceritakan cucunya telah berjumpa dengan ayahnya yang juga positif Covid-19.

Akhirnya Saffiya ditemukan dengan ayahnya Muhamad Ifwan yg juga positive covid 19 di HKL. Pertemuan yang sangat menyayat hati tapi membahagiakan dua beranak ni dirakam menantu saya dan diberi pada kami dalam group keluarga.

Jelasnya lagi, menantunya selepas ini akan dipindahkan dari pusat kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, ke Hospital Kuala Lumpur.

Teringat kata-kata Saffiya pada mamanya Ira Hazwani, dia cakap kakak tak takut pergi sorang-sorang naik ambulans sebab kakak nak jumpa ayah, nak peluk ayah. Kakak rindu sangat kat ayah. Menitis air mata saya tengok kegembiraan dua beranak ni.

Tidak berakhir di situ, wanita itu juga sempat memanjatkan rasa syukur kepada mereka yang telah membantunya dalam menyatukan semula keluarga kecil ini di satu pusat kuarantin yang sama.

Sama-sama kita doakan agar Saffiya dan ayahnya kembali sihat seperti sediakala dan dapat kembali kepangkuan keluarga tercinta.

WHAT'S YOUR REACTION?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Source
OhBulan!Twitter TVAlhijrah

The Waleed

I want to write an online bio, but I can't describe myself!

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button