Hiburan

Inteam Ucap ‘Terima Kasih’ Buat Peminat dan Petugas Barisan Hadapan

Selepas kejayaan Inteam melaksanakan Konsert sempena ulangtahun ke-20 mereka pada hujung tahun lalu dengan bantuan dana DKD dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Inteam kini tampil dengan single baru berjudul Terima Kasih.

Lagu hasil karya Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh serta lirik oleh Ikhwan Fatanna itu dilancarkan di seluruh platform digital sehari selepas Konsert 20 tahun Inteam selesai iaitu pada 13 Disember 2020 yang lalu.

Sebagai Tanda Penghargaan

“Kami melancarkan lagu baru ini sebagai hadiah dan tanda penghargaan serta terima kasih kami kepada seluruh pihak yang banyak menyokong kami sehingga mampu bertahan sehingga ke hari ini, khususnya kumpulan Hijjaz, penggiat-penggiat seni di belakang tabir, para wartawan dan media serta seluruh peminat dan ahli keluarga kami yang sangat memahami” kata Syahril, ketua kumpulan Inteam.

Ikhwan Fatanna
Ikhwan Fatanna

“Alhamdulillah, kami bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk mengalunkan karya komposer muda yang sedang meningkat naik ini, bahkan dapat juga berduet dengan beliau dalam lagu ini. Ikhwan Fatanna turut sama berduet dengan kami dalam lagu ini sebagai simbolik gabungan generasi lama dan baharu dalam dunia nasyid” tambah Hazamin.

Ditujukan Juga Buat Barisan Hadapan

Menurut Rahim Inteam pula, bait-bait lirik lagu Terima Kasih juga sesuai didedikasikan kepada para petugas barisan hadapan yang sedang berhempas-pulas menyelamatkan mangsa wabak Covid 19 dan memutuskan rangkaian kes wabak ini.

Terima Kasih - Inteam & Ikhwan Fatanna

“Lagu ini juga kami tujukan kepada semua petugas barisan hadapan yang sedang berusaha dan berjuang untuk kita semua agar mereka terus bersemangat dan cekal. Kita juga haruslah sentiasa mematuhi SOP dan kekal duduk di rumah sekiranya tiada keperluan untuk keluar agar wabak ini dapat dihentikan segera” ujar Rahim lagi.

Tak Boleh ‘Move On’..

Rata-rata peminat memberikan komen-komen yang positif terhadap lagu ini di saluran YouTube Inteam Digital.

Komen Peminat Lagu Terima Kasih

Membesar Dengan Lagu-Lagu Inteam

Ternyata lagu-lagu Inteam diterima dengan baik oleh segenap lapisan umur.

Komen Lagu Terima Kasih Inteam

Video muzik lagu Terima Kasih kini boleh ditonton di rangkaian Youtube Inteam Digital manakala audio lagu ini boleh di strim di seluruh platform Digital seperti Spotify, Deezer, KKBox, Joox dan lain-lain.

Kami di SoofiMedia mengucapkan selamat maju jaya buat Inteam, semoga terus menghasilkan lagu-lagu yang menjadi inspirasi buat rakyat Malaysia khususnya dan masyarakat dunia amnya. – SoofiMedia

WHAT'S YOUR REACTION?
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

The Waleed

I want to write an online bio, but I can't describe myself!

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button