Teknologi

Jam Pintar Bulat Realme Watch S Bakal Muncul di Malaysia

Hari Ahad baru-baru ini Realme Malaysia ada memuat naik siaran di laman Facebook rasmi mereka tentang kehadiran jam tangan pintar Realme ke pasaran Malaysia. Seperti yang dijangkakan, berdasarkan gambar tersebut ia merupakan jam pintar bulat Realme Watch S.

Telah dilancarkan di Indonesia

Realme Watch S merupakan jam pintar bulat yang dilengkapi dengan ciri-ciri seperti pengimbas denyutan nadi, pemantau tahap oksigen dalam darah, kalis air IP 68 dan juga aktiviti kecergasan yang lain.

Produk ini telah dilancarkan di Indonesia awal bulan ini bersama dua produk lain Realme CCTV Smart Cam 360 dan berus gigi elektrik Realme N1 Sonic.

Realme Watch S di pasaran luar negara

Antara ciri lain Realme Watch S, hadir dengan skrin bulat boleh sentuh 1.3 inci, sensor SpO2, tahap kecerahan skrin automatik dan bateri tahan sehingga 15 hari.

Kepada peminat jenama Realme terutama jam tangan pintar mereka, nantikan pengumuman rasmmi dari Realme Malaysia tidak lama lagi.

WHAT'S YOUR REACTION?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

The Waleed

I want to write an online bio, but I can't describe myself!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button