Hiburan

Malaysia Bakal Ada Oscar & Grammy Awards Sendiri?

Menggerakkan strategi berdepan cabaran 2021, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) komited memastikan industri kreatif tempatan termasuk sektor perfileman dan muzik terus berkembang demi survival dalam suasana norma baharu.

Seperti sektor lain, pandemik COVID-19 memberi kesan yang besar kepada pendapatan dan hala tuju penggiat industri kreatif negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah, berkata kementerian berusaha merancakkan industri kreatif Malaysia dengan mewujudkan Perbadanan Muzik serta pelan ‘Road to Oscar & Grammy Awards‘.

“Program ini akan mengaktifkan bakat baharu dan penggiat seni tanah air untuk menghasilkan karya yang berdaya saing taraf antarabangsa,” katanya dalam kenyataan sempena menyambut tahun baharu 2021.

Anugerah Nasyid Malaysia (ANAM 2020) yang diadakan baru-baru ini

Saifuddin berkata, kementerian juga merencanakan penganjuran Anugerah Nasyid Kebangsaan dan Antarabangsa, sebagai sasaran tahun ini.

“Langkah ini adalah bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat tumpuan pembangunan karya nasyid,” katanya.

Saifuddin berkata, pandemik COVID-19 secara langsung mempercepatkan transformasi pendigitalan dengan penggunaan teknologi digital dan perkhidmatan internet dalam masyarakat merangkumi semua aspek termasuk perniagaan, perkhidmatan, pendidikan, komunikasi dan hiburan.

“Bagi mengurangkan jurang digital serta menyediakan perkhidmatan telekomunikasi yang berkualiti dan inklusif, pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) akan dipergiatkan lagi dalam tahun 2021, terutama untuk kawasan capaian yang paling lemah seperti pedalaman di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Dato’ Saifuddin Abdullah – Menteri Komunikasi dan Multimedia

Saifuddin berkata, kerajaan akan bekerjasama dengan setiap negeri untuk merealisasikan polisi mengiktiraf infrastruktur telekomunikasi sebagai utiliti awam seperti air dan elektrik.

“Pada masa sama, ekonomi digital dijangka akan terus memberi sumbangan penting kepada negara berdasarkan ramalan pertumbuhan ekonomi pada kadar 6.7 peratus tahun hadapan seperti laporan Bank Dunia.

“Sehubungan itu, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dengan sokongan padu KKMM akan meneruskan inisiatif berpaksikan kemakmuran bersama untuk rakyat dan seterusnya mencapai cita-cita Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN,” katanya.

Jun lalu, Saifuddin menjelaskan kerajaan komited membawa filem tempatan ke peringkat global melalui Projek Oscar dengan sasaran tempoh antara 10 hingga 20 tahun untuk merealisasikannya.

Usaha itu dianggap tidak mustahil dicapai dengan menjadikan contoh filem Korea Selatan, Parasite yang memenangi Anugerah Akademi, Februari lalu.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengumumkan filem terbitan Kuman Pictures Sdn Bhd berjudul Roh dipilih mewakili Malaysia bagi penilaian Anugerah Akademi Ke-93 untuk kategori Anugerah Filem Cereka Antarabangsa, tahun ini.

WHAT'S YOUR REACTION?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Source
Berita Harian

The Waleed

I want to write an online bio, but I can't describe myself!

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button