Trending
Trending

Minta Izin Ibu Peluk Islam, Budak 9 Tahun Sentuh Hati Warganet Ketika Ucap Dua Kalimah Syahadah

Baru-baru ini tular akan seorang kanak-kanak berusia 9 tahun memilih untuk memeluk Islam dan berjaya mengucap dua kalimah syahadah dengan jayanya.

Ibu sentiasa beri sokongan

Sebelum membuat keputusan itu, kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Rudy juga meminta izin ibunya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan besar itu.

Walaupun berlainan agama, ibu kanak-kanak berkenaan dikatakan memberi restu dan juga izin anak lelakinya itu memeluk Islam malah akan terus mencurahkan kasih sayang dan sokongan sepenuhnya kepada anak itu.

Tak semua ibu menyokong anaknya memeluk agama lain seperti ibu ini, Ma Shaa Allah. Moga Allah merahmatinya dengan cahaya Iman,” tulis Bilal.

Ucap Kalimah Syahadah Dengan Lancar

Hal tersebut telah dikongsikan menerusi Instagram Bilal apabila memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan kanak-kanak berusia 9 tahun mengucap dua kalimah syahadah di hadapannya.

Apa yang menyentuh hati adalah bacaan kalimah kanak-kanak tersebut begitu lancar sekali.

Kerap Bantu Orang Susah

Menurut Bilal, kanak-kanak tersebut berserta ibunya sering menyertai program ‘Homeless Feeds’ bersamanya untuk memberi makan kepada golongan gelandangan dan tertarik dengan Islam.

Tukar Nama Kepada Muhammad Muzammil

Rudy juga dikatakan telah menukar namanya kepada Muhammad Muzammil dan telah mula menghadiri solat Jumaat buat kali pertama pada minggu lalu.

Dalam perkongsian yang lain, Bilal memuat naik sebuah lagi posting menunjukkan Muzammil bersama ibunya memberi bantuan kepada seorang warga emas dengan cara menghantar bekalan makanan kepadanya.

Benarlah hidayah itu milik Allah yang akan diberikan kepada sesiapa sahaja. Moga anak kecil ini terus membuka mata ramai lagi orang untuk memeluk Islam dan menjadikannya anak yang soleh.

WHAT'S YOUR REACTION?
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Source
Muhammad Bilal

The Waleed

I want to write an online bio, but I can't describe myself!

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button