Teknologi

Mizz Nina Lancar Aplikasi “Qalby App”

Baru sahaja kita mendengar berita tentang Neelofa yang melancarkan aplikasi Islamik’ “The Noor” kini tiba giliran Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman memperkenalkan satu lagi aplikasi, “Qalby App”.

Menurut Mizz Nina, aplikasi ini boleh dimuatturun melalui AppStore dan Google PlayStore bermula bulan lalu dalam peringkat beta-testing. Aplikasi ini telah dilancarkan secara rasmi awal bulan Disember.

Difahamkan aplikasi Qalby App ini hadir dengan pelbagai features seperti waktu solat, e-Journal, arah kiblat, bacaan al-Quran, koleksi doa dan video berbentuk ilmiah serta banyak lagi.

Katanya, idea untuk menghasilkan aplikasi ini muncul ketika beliau menghadiri kelas tafsir Ta’leem al-Quran di Alhudaonline pada penghujung tahun 2018.

Perkongsian Mizz Nina tentang Qalby App di Instagram

Malah, sehingga kini, aplikasi tersebut telah dimuat turun lebih 10,000 pengguna.

Rentetan itu, rata-rata pengikutnya tampil menzahirkan rasa teruja dan gembira dengan aplikasi tersebut. Tidak ketinggalan, ada juga memberikan respon yang positif terhadap aplikasi itu.

WHAT'S YOUR REACTION?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

The Waleed

I want to write an online bio, but I can't describe myself!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button