Teknologi

Neelofa Perkenal TheNoor, Aplikasi Untuk Umat Islam

Selebriti dan usahawan wanita tersohor Malaysia, Neelofa baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah aplikasi baru khas untuk umat Islam. Aplikasi yang dijangka dilancarkan sekitar Januari tahun hadapan ini dinamakan, TheNoor.

Fokus Gaya Hidup Muslim

Aplikasi ini lebih memfokuskan kepada gaya hidup Muslim yang melingkupi segala aspek kerohanian dan urusan seharian ummat Islam. Ia termasuk kemudahan pembayaran zakat, informasi waktu solat, petunjuk arah kiblat, himpunan ayat al-Quran beserta terjemahan dan sebagainya.

Daripada versi demo ini, aplikasi TheNoor disiapkan dengan pemain al-Quran dan anda juga dapat membaca terjemahan ayat-ayat al-Quran. Menariknya, pengguna turut boleh menghubungkan ia kepada sistem inforia pada kenderaan, dan mendengar ketika memandu.

Pengguna juga dapat mengakses waktu solat semasa, melihat arah kiblat dan mengakses senarai tempat solat berhampiran.

Ditawar Secara PERCUMA

 Tambah menarik lagi, aplikasi ini bakal ditawarkan secara percuma dan boleh dimuatnaik seluruh dunia dan yang terutamanya bebas dari IKLAN! Aplikasi TheNoor ini akan tersedia di peranti Android dan IOS. Pastinya semua pihak tidak sabar-sabar untuk menantikan kemunculan aplikasi gaya hidup muslim ini.

WHAT'S YOUR REACTION?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

The Waleed

I want to write an online bio, but I can't describe myself!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button