Trending
Trending

PKP di Enam Negeri Selama Dua Minggu Bermula 13 Januari Ini – PM

Kerajaan memutuskan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh dua minggu dari 13 hingga 26 Januari ini.

Mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan melaksanakan PKP adalah berikutan kes Covid-19 yang kini mencecah empat digit.

Perdana Menteri berkata, berdasarkan penilaian risiko oleh KKM, Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta pelbagai Kementerian dan Agensi serta nasihat pakar-pakar kesihatan awam di dalam negara, kerajaan bersetuju dengan pandangan bahawa satu tindakan yang tegas perlu diambil untuk memutuskan rantaian jangkitan penularan virus COVID-19.

Bagaimanapun, PKP hanya dilaksanakan ke atas enam buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Selain itu, PKP Bersyarat (PKPB) turut dikenakan ke atas enam enam buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

PKP Pemulihan (PKPP) juga akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut.

Perutusan Khas PM:

WHAT'S YOUR REACTION?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Source
Buletin TV3OhMyMedia

The Waleed

I want to write an online bio, but I can't describe myself!

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button