AlHijrahTV

Program Menarik Sempena AidilAdha di TV AlHijrah

Sempena dengan kehadiran Hari Raya Aidil Adha pada 20 Julai ini, stesen televisyen TV AlHijrah tidak ketinggalan untuk menyiarkan pelbagai program menarik.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, kempen Aidiladha di TV AlHijrah dilaksanakan pada 1 Julai 2021 hingga 23 Julai 2021.

“Kempen Aidiladha 1442h kali ini akan menggunakan tema Pengorbanan Kasih Abadi. Pengorbanan Kasih Abadi dipilih bagi mengambil ibrah peristiwa di mana Nabi Ibrahim diperintahkan Allah SWT menyembelih anak kesayangan Baginda iaitu Nabi Ismail A.S.

“Pengorbanan Kasih Abadi juga menzahirkan pengorbanan umat Islam menahan kerinduan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji dan umrah,” ujarnya.

Menurut Namanzee, untuk tahun ini, sebanyak lapan program istimewa Aidiladha akan disiarkan sepanjang 1 Julai 2021 hingga 23 Julai 2021 disamping program-program sedia ada.

Sementara itu, beliau juga menjelaskan bahawa bulan Julai 2021 juga adalah bulan istimewa TV AlHijrah apabila memperkenalkan satu lagi inisiatif baru yang dikenali sebagai Inisiatif Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) TV AlHijrah.

Jelasnya, inisiatif berkenaan dilancarkan dengan tujuan memeluk emosi, memberi ketenangan jiwa serta membantu rakyat Malaysia mengharungi waktu-waktu sukar sepanjang pandemik Covid-19.

“Inisiatif PKPD TV AlHijrah terbahagi kepada dua elemen utama iaitu siaran rancangan di televisyen (on air) dan juga aktiviti lapangan (on ground),” jelasnya.

Selain itu, pihaknya juga memperkenalkan acara lapangan untuk Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dikenali sebagai Hijrah Prihatin.

Jelasnya, tiga inisiatif utama Hijrah Prihatin yang akan dilaksanakan bermula Julai hingga Disember 2021.

Senarai Program TV AlHijrah Sempena Aidil Adha 1442

  1. Journey of Hajj (Dokumentari) – Journey of Hajj adalah dokumentari bahasa Inggeris yang membawa penonton menelusuri pengalaman serta catitan pengalaman ulama Islam sewaktu menunaikan ibadah haji semenjak abad keenam hijrah. (9 Julai – 10.30 malam)Journey Of Hajj
  2. The Day of Hajj (Dokumentari) – The Days of Hajj adalah dokumentari yang memberi gambaran tentang keadaan dan suasana di Mekah dan Madinah. (2 Julai – 10.00 malam)
  3. Labbaikallah (Bual Bicara) –  Labbaikallah adalah program bual bicara berkaitan musim haji yang dikendalikan oleh Ustaz Abdullah Khairi dan Imam Muda Azhar. Kedua-dua hos rancangan ini akan akan mengupas pelbagai topik bersama panel-panel jemputan terkemuka. (9 hingga 23 Julai – 9.30 malam)
  4. Gema Haflah (Hiburan Islamik) – Majlis bacaan Al-Quran dengan pelbagai tarannum yang disampaikan oleh Qari-Qari Malaysia yang bertemakan Aidiladha. Antara Qari-Qari tersebut adalah Qari Syeikh Abdullah Karim Al Makki, Ustaz Ahmad Tarmizi Abd Rahman, Ustaz Jalaluddin Zaiki, Ustaz Amirahman Abas, Ustaz Muhammad Ammar Mukhlis dan Ustaz Ahmad Tirmizi Haji Ali. (17 Julai – 10.30 malam)
  5. Drama Bujang Haji (Drama bersiri) – Kisah tiga sahabat yang bercita-cita untuk menunaikan haji serta cabaran yang mereka tempuhi dalam membuat persiapan menjadi duyufurrahman. (Setiap Isnin dan Selasa 6.00 petang)
  6. Tiada Tajuk (Filem) – Filem Tiada Tajuk mengisahkan tentang tiga orang pemuda kampung yang ingin menjadi penyanyi rock dan pop terkenal. Mereka berimpian besar tetapi malangnya bakat mereka tidak dihargai penduduk kampung. (19 Julai – 10.30 malam)
  7. Labbayk Allahuma Labbayk (Dokumentari) – Labayk Allahuma Labayk mengisahkan perjalanan umat Islam ke Mekah Al Mukaramah untuk menunaikan ibadah haji. Dokumentari bahasa inggeris ini juga akan menyelami sejarah Kaabah dan Batu Hitam. (16 Julai – 10.30 malam)
  8. Ustaz Kartun & Robojim (Animasi kanak-kanak Islamik) – Sebuah rancangan kanak-kanak yang dihoskan oleh Ustaz Nazrul atau Ustaz Kartun dan watak animasi Robojim yang mengajar ilmu Al-Quran, tajwid, hafazan, dan tulisan Jawi dengan kaedah “kartungogi”, melukis dan animasi. (Setiap Sabtu dan Ahad – 5.00 petang)Ustaz Kartun & Robojim

Rancangan Televisyen

Tiga Program Istimewa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) TV AlHijrah adalah La Tahzan, Saranghae, Kapsul Wabak, Soul Fitness, Tangan Seni dan Ngaji On The Go.

(1). La Tahzan adalah sebuah program siaran langsung secara hybrid (Clubhouse TV) yang dikendalikan oleh dua orang pengacara terkenal iaitu Faizal Ismail dan Abby Fana.

Rancangan ini akan mengupas tajuk-tajuk serta permasalahan orang ramai terutamanya masalah yang mereka hadapi sepanjang PKPD dilaksanakan. Faizal Ismail dan Abby Fana akan ditemani panel berlainan setiap hari bagi menjawab persoalan penonton secara virtual.

Tarikh Siaran :  6 – 18 Julai 2021, jam 9 malam

(2). Saranghae adalah program berkonsepkan majalah realiti yang memaparkan aktiviti pendakwah terkemuka negara bersama keluarga di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Saksikan bagaimana Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang, Prof. Madya Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Pu Rahmat, Imam Muda Hafiz, Ustaz Ilyas Ismail, Ustaz Husaini, serta Ustaz Shahrizan Al Tarubi menjalani kehidupan harian dengan lebih bermakna disamping keluarga tercinta.

Tarikh Siaran: Bermula 30 Julai, Jumaat, 10 malam

(3). Kapsul Wabak merupakan kompilasi 20 hadis pilihan yang dikupas oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi. Pemilihan hadis ini adalah bersesuaian dengan keadaan pandemik yang melanda dunia kini.

Antara kupasan yang disampaikan adalah Duduk Rumah Dapat Pahala, Jauhi Kawasan Penyebaran Penyakit, Allah SWT Memuji Barisan Hadapan, Kuarantin Kendiri di Rumah dan banyak lagi.

Tarikh Siaran: Bermula 12 Julai, Isnin – Khamis, 7.25 malam

(4). Soul Fitness adalah sebuah program dengan kerjasama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI).

Program ini merupakan kapsul bacaan Al-Quran berdurasi lima minit yang mengajak penonton untuk mencari ketenangan jiwa dengan Al-Quran.

Soul fitnes dikendalikan oleh Ustaz Fazrul Ismail, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman dan Ustaz Tirmizi Ali

Tarikh Siaran : Bermula 16 Julai 2021, Jumaat – Ahad,7.25mlm

(5). Tangan Seni adalah salah satu program yang dibuat khusus bagi memberi semangat buat penonton di rumah untuk mencipta hobi baru sepanjang tempoh PKP bersama keluarga tercinta.

Program ini akan menonjolkan aktiviti DIY penonton di rumah samada berkebun, bertukang, memasak, membaik pulih kenderaan, dekorasi dan pelbagai aktiviti menarik lain yang sesuai dikongsi.

Tarikh Siaran : Bermula 24 Julai 2021, Setiap Sabtu & Ahad, 5.30 petang

(6). Ngaji On The Go adalah sebuah program siaran langsung yang menampilkan barisan selebriti tanah air dalam melantunkan bacaan Al-Quran dengan tartil dan talaqqi.

Saksikan Nina Farzurina, Zizi Kirana, Diana Amir dan Mawar Rashid bersama ustazah Aishah Bain menghayati Al-Quran mengikut cara bacaan sebenar Baginda Rasulullah SAW.

Tarikh Siaran : Bermula 24 Julai 2021, Setiap Sabtu, 7.30 petang

WHAT'S YOUR REACTION?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

The Waleed

I want to write an online bio, but I can't describe myself!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button