Hiburan

“Rasa Sayang Nak Tinggal Kerana Kalau Sudah Mengaji Memang Terasa Seronok…” – Bandi Amuk

Bagi penggemar muzik Rock dan Metal pasti mengenali Bandi Amuk atau nama sebenarnya Nasabandi bin Jumat, 57, yang sinonim dengan imej bertopeng dan keunikan suaranya.

Memulakan karier dalam industri hiburan Malaysia sejak 1983, Bandi yang kini menetap di Johor Bahru dilihat lebih selesa tanpa topeng muka yang sebelum ini menyembunyikan wajah sebenarnya dari tatapan ramai.

3 Tahun Mendalami Ilmu Al-Quran

Menerusi temuramah bersama Harian Metro, Bandi memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana berjaya khatam Al-Quran selepas mula mempelajarinya bersama seorang ustaz sejak 2017.

“Saya cakap dengan ustaz itu untuk khatam dan dia alu-alukan. Alhamdulillah saya berjaya melakukannya. Selama tiga tahun belajar, dugaannya memang banyak. Walaupun boleh membaca al-Quran, saya pilih bermula dengan Iqra kerana nak betulkan tajwid dan mahraj. Itu yang buat jadi lama tapi tak kisahlah asalkan saya belajar.

“Sekarang, jika membaca surah Yassin saya boleh tahu mana harakat, mahraj dan sebagainya. Saya jadi seronok membaca surah Yassin kerana tahu mana nak berhenti,” ulas Bandi kepada sumber

Bandi Amuk Khatam Al-Quran
Bandi Amuk

Seronok Mengaji

Tambah penyanyi yang popular dengan lagu Akar dan Bumi ini, beliau sanggup ambil penerbangan pulang awal jika mempunyai undangan persembahan di Sabah dan Sarawak. Ini kerana beliau tidak sanggup ketinggalan untuk terlepas kelas mengaji yang bermula jam 8.30 malam.

“Rasa sayang nak tinggal kerana kalau sudah mengaji memang terasa seronok. Saya nak pesan kepada sesiapa yang nak mengaji al-Quran, kalau boleh peluk dulu al-Quran, cium dan junjung atas kepala.

“Niat dalam hati semoga al-Quran ada dalam hati dan diri kita. Perasannya sangat seronok. Bukan tak boleh khatam sendiri di rumah tapi khatam di depan guru yang mengajar kita lain rasanya. Ia buat saya berhati-hati dan tak buat silap depannya,” katanya.

Bukan Niat Menunjuk-Nunjuk

Menurut Bandi, apa yang dikongsi di laman Facebook bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk malah ustaz yang bertanggungjawab mengajarnya terlebih dahulu meminta izin sebelum dikongsi ke laman sosial popular tersebut.

Selagi perkara itu menjadi pemangkin kepada orang lain untuk berubah dan mempelajari Al-Quran, beliau sangat berbesar hati untuk sama-sama berkongsi.

“Rakan saya ustaz Radin meminta izin untuk keluarkan di Facebook. Saya fikir kalau ini salah satu pemangkin untuk orang belajar baguslah. Tiada niat untuk saya riak.

“Saya akan sambung lagi belajar lepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Saya terlambat khatam kerana biasanya ada persembahan pada Jumaat, Sabtu dan Ahad sedangkan Ahad ada kelas. Itu buat ia jadi tertangguh. Saya biasanya pulang ke Johor Bahru pada hari Isnin dan esoknya Selasa ada lagi kelas. Kadang-kadang badan terasa letih,” katanya.

Bandi yang kini mengusahakan perniagaan karipap frozen bersama isterinya di Johor Bahru sempat meninggalkan pesan yang sangat berguna kepada kita semua.

“Saya menyeru kalau boleh rakan-rakan dan masyarakat Islam yang lain belajar mengaji al-Quran kerana kita sebenarnya dah nak sampai penamat. Sekurang-kurangnya kita ada bekalan nanti,” Bandi Amuk

WHAT'S YOUR REACTION?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Source
Harian MetroFacebook Nasabandi Jumat

The Waleed

I want to write an online bio, but I can't describe myself!

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button