Trending
Trending

“Romantiklah dengan syariat, InsyaAllah berkat” – PU Rahmat Ikhsan

Setiap wanita pasti mengimpikan pasangan atau tunangan mereka melamar secara romantik. Ini membuktikan betapa seriusnya seseorang lelaki untuk menghalalkan hubungan mereka.

Tetapi bagi Rahmat Ikhsan atau dikenali sebagai PU Rahmat Ikhsan, trend melamar secara terang-terangan perlu dihentikan dan mengapa ianya tidak digalakkan di dalam Islam.

Dari Hukum Islam

Foto : Afdzal Adib

Saya sentiasa mendoakan mana-mana pernikahan kekal hingga ke syurga. Amin. Hanya sedikit nasihat saya yan memahami sedikit hukum islam. Kenapa Islam tidak menganjurkan melamar wanita secara terang-terangan di restoren mahu pun atas pentas?

1) Agar tiada tekanan kepada wanita, Islam tidak mahu wanita berada dalam serba salah atau tekanan apabila menerima lamaran lelaki. Tak dinafikan ada wanita boleh yakin dan kuat untuk mengatakan TIDAK kepada mana-mana lamaran tetapi ada wanita yang akan kasihan atau menjadi tidak berupaya menolak lamaran. Maka kaedah merisik lebih baik kerana memberi wanita masa berfikir, bermuhasabah dan membuat perkiraan. Islam sangat menjaga hak wanita maka wanita sangat digalakkan untuk bertenang apabila membuat apa-apa keputusan khususnya keputusan yang melibatkan masa depannya.

2) Menjaga air muka lelaki, lelaki yang melamar secara terang-terangan berpotensi ditolak secara terang-terangan juga. Jadilah seorang lelaki yang menjaga air muka sendiri dan keluarga.

Jangan Ikut Trend Barat

3) Pernikahan bukan hanya mencantumkan dua jiwa tetapi mencantumkan dua keluarga. Kaedah merisik akan menemukan dua keluarga dan dua keluarga akan saling menilai ” nilai dan jiwa” dua keluarga. Ya saya tahu ada yang tak peduli hal keluarga dengan alasan “aku yang nak kawin” tapi yakinlah ada keberkatan dalam perbincangan dan restu ibu dan ayah. Jangan diikut trend barat yang penuh dengan kelompongan dalam menilai sesuatu. Barat bukan semuanya tahu.

Saya gembira atas kejayaan lamaran Kamal Adli dan Uqasha Senrose dan mendoakan kebahagiaan mereka, semoga mereka dikurniakan anak yang soleh dan solehah. Hanya saya berharap trend melamar secara terang-terangan dihentikan dan tidak menjadi budaya kita. Romantiklah dengan syariat, InsyaAllah berkat. Saya akhiri dengan kalam. Saya hanya menyampaikan tidak mengecam. Saya menerangkan bukan menyerang.

Akhukum Fillah
Saudara mu dalam Islam
Rahmat Ikhsan

WHAT'S YOUR REACTION?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Via
Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan

The Waleed

I want to write an online bio, but I can't describe myself!

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button