Berita

Saluran Youtube Bahasa Arab OMAR & HANA Cecah Lebih 100,000 Langganan

Digital Durian dengan berbesar hati mengumumkan saluran YouTube Arab siri animasi popularnya hasil usahasama dengan Astro, ‘Omar & Hana’, telah berjaya merekodkan lebih 100,000 langganan dalam enam bulan sejak pelancarannya pada Julai 2020.

Dengan lebih 20 juta jam masa tontonan, pencapaian ini menunjukkan perkembangan yang menggalakkan bagi jenama Omar & Hana di persada antarabangsa.

Berdasarkan kaji selidik Digital Durian yang melibatkan golongan ibu bapa kepada peminat Omar & Hana, terdapat permintaan untuk kandungan yang berasaskan Islam oleh ibu bapa dari rantauan Timur Tengah dan Utara Africa (MENA). UAE tersenarai dalam 10 negara yang berminat dengan Omar & Hana YouTube versi bahasa Inggeris.  Dengan data statistik ini, keputusan menghasilkan siri Omar & Hana dalam bahasa Arab untuk memenuhi permintaan peminat yang semakin meningkat adalah langkah seterusnya yang terbaik.

Omar & Hana versi Arab

Terdapat juga permintaan muzik instrumental yang berdasarkan budaya di Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk digunakan.  Pendekatan ini dilihat sebagai satu kejayaan berdasarkan pencapaian untuk saluran YouTube versi Bahasa Arab Omar & Hana.

Fadilah A. Rahman, Penerbit siri animasi ‘Omar & Hana’, berkata, “Kami mendapat sambutan yang luar biasa dari penonton Arab siri animasi Omar & Hana dalam bahasa Inggeris dan melihat bahawa ada permintaan untuk kandungan kami dalam bahasa Arab, terutama sokongan dari rautau MENA. Terima kasih kerana menyokong Omar & Hana bahasa Arab ini. Kami berharap agar dapat terus menyebarkan nilai-nilai murni ke seluruh dunia melalui kandungan Omar & Hana. Teruskan menonton dan jangan lupa untuk melanggan saluran rasmi YouTube Omar & Hana!”

Video Omar & Hana versi bahasa Arab ditonton oleh kanak-kanak serata dunia dari lebih 50 negara, terutamanya di Arab Saudi, Turki, Iraq, Mesir dan Algeria. Bahasa Arab merupakan bahasa keempat yang diterbitkan oleh Digital Durian bagi Omar & Hana, diikuti oleh bahasa Melayu, Inggeris dan Indonesia.  Sukacita dimaklumkan, penerbitan Omar & Hana dalam bahasa Urdu bakal disiarkan tidak lama lagi.

Logo Omar & Hana

Siri animasi Omar & Hana bersiaran setiap Jumaat, jam 11 pagi di Astro Ceria. Kesemua episod Omar & Hana juga boleh distrim secara eksklusif bagi pelanggan Astro melalui aplikasi Astro GO.

Kami dengan ini ingin memohon jasa baik rakan-rakan media untuk membantu menguar-uarkan mengenai  perkembangan ini dalam penulisan anda. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan pihak media.

Untuk maklumat lanjut mengenai Omar & Hana, layari www.omarhana.com.

WHAT'S YOUR REACTION?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

The Waleed

I want to write an online bio, but I can't describe myself!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button