Hiburan

TERUS – Sebuah Adaptasi Kisah Benar dari Simfoni dan Ezad Lazim

Pandemik Covid-19 menjadi suatu igauan ngeri seluruh dunia. Kehilangan nyawa, kerugian dalam perniagaan malah lebih memeritkan berjuta yang kehilangan pekerjaan dek kerana virus yang sudah berlarutan hampir dua tahun ini. Ramai dari golongan artis menghasilkan karya-karya baharu mereka yang berkisarkan tentang kesan pandemik ini. Tidak terlepas juga kumpulan nasyid Simfoni yang baru sahaja melancarkan single mereka ‘Terus’. Lebih istimewa, lagu ini turut menampilkan kolaborasi mereka bersama vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim.

Bercerita tentang kisah disebalik mesej lagu ini, Firdaus menjelaskan,

“TERUS sebuah lagu yang menyuntik semangat kepada pendengar supaya bangkit dan tidak mudah mengalah dalam apa jua situasi sukar yang dilalui dalam hidup. Setiap cabaran yang dilalui perlu dijadikan kekuatan dan tidak berhenti dalam usaha memperbaiki diri dari segala aspek samaada kerjaya, pembangunan diri, keluarga, pendidikan dan sebagainya. Apa yang boleh kami katakan, lagu ini adaptasi kisah benar yang berlaku pada orang sekeliling kami,”

“Sudah banyak kita saksikan berapa ramai manusia kecundang dengan ujian Allah ini. Sehinggakan ada yang sanggup membunuh diri kerana tidak sanggup melalui tekanan emosi yang keterlaluan. Inilah usaha kami untuk cuba memberikan sedikit kata-kata perangsang melalui lagu TERUS,” tambah beliau.

Lagu Hadiah & Kolaborasi Ezad Lazim

Mengenai kolaborasi bersama Ezad Lazim dalam lagu ciptaan Fadzli Far East dan ditulis oleh ITO Lara, ini penjelasan Simfoni,

“Lagu TERUS sebenarnya merupakan hadiah dari Fadzli dari kumpulan Far East kepada saya. Ini hasil kemenangan dalam pertandingan ‘cover song’ “Carilah Aku di Neraka” yang dianjurkan saudara Fadzli pada tahun 2019. Asalnya lagu ini diciptakan khas untuk saya seorang, tetapi setelah berfikir panjang, saya membuat keputusan untuk merakamkan lagu ini bersama kumpulan saya, SIMFONI,” jelas Ifham.

Ezad Lazim & Simfoni - TERUS

“Pemilihan Ezad Lazim untuk kolaborasi adalah keputusan bersama. Selain meminati beliau, kami memilih Ezad Lazim kerana aura dan lontaran vokal beliau mampu menyuntik lebih rasa dan memberi variasi vokal dalam penyampaian lagu yang bergenre pop. Lebih-lebih lagi dengan susunan muzik dari Amybong dan pembantu penerbit Wan Saleh, menjadikan lagu ini sangat istimewa bagi kami. Alhamdulillah, proses menyunting Ezad Lazim sangat mudah kerana kami juga mempunyai hubungan yang baik sebelum ini,” tambah Imtiaz.

Rakaman MV di Kedah

Penggambaran muzik video TERUS dijalankan di sekitar negeri Kedah. Antara lokasi-lokasi yang terlibat antaranya, Cafe The Place by DECO, Dewan Besar Ukir Mall dan Masjid Sharifah Fatimah, Jitra yang menerima Anugerah Perdana, Standard Penarafan Masjid Malaysia 2020. Muzik video yang setakat hari ini telah mencecah angka 22 ribu tontonan, mendapat sentuhan Fairus Zainal sebagai pengarah dan Ahmad Nasuha sebagai juru video dari NSPIXTURES.

Ditanya mengenai harapan kumpulan SIMFONI terhadap lagu ini, jelas Hazran,

“Kami mengharapkan lagu ini akan diterima ramai oleh pendengar, khususnya peminat kami dan para penyokong Ezad Lazim. Kami juga sasarkan penerimaan dari kelompok peminat lagu-lagu arus perdana, kerana mesej kami sangat universal. Matlamat kami dalam lagu ini jelas, agar semua lapisan masyarakat dapat mengambil iktibar dari mesej yang kami sampaikan.”

Muzik Video ‘TERUS’ boleh ditonton di laman Youtube Inteam Digital sejak 16 April 2021 lalu. Turut tersedia di semua platform utama digital seperti Spotify, Joox, iTunes, Apple Music, Deezer dan Kkbox.

Sebarang maklumat lanjut atau undangan persembahan boleh berhubung dengan Firdaus Naim di talian +6010-2001559 atau emel : simfoninasheedpro@gmail.com.

WHAT'S YOUR REACTION?
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

The Waleed

I want to write an online bio, but I can't describe myself!

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button