TVTV1

TV1 Penyiar Rasmi Anugerah Nasyid Malaysia 2020

Radio Televisyen Malaysia (RTM) dipilih sebagai penyiar rasmi Anugerah Nasyid Malaysia 2020 (ANAM 2020) yang bakal disiarkan secara langsung pada 27 Disember ini, pukul 9.00 malam menerusi saluran TV1.

Sembilan kategori dipertandingan iaitu Lagu Nasyid Terbaik, Lirik Nasyid Terbaik, Susunan Muzik Nasyid Terbaik, Vokal Nasyid Terbaik, Rakaman Lagu Nasyid Terbaik, Video Muzik Nasyid Terbaik, Artis Nasyid Pilihan, Artis Nasyid Baru Pilihan dan Artis Nasyid Nusantara Pilihan.

Manakala dua lagi kategori iaitu Anugerah Kembara dan Anugerah Khalifah pula adalah anugerah khas yang dikhususkan kepada individu atau kumpulan yang telah memperolehi pencapaian tertinggi yang dinilai oleh panel khas yang dilantik Jawatankuasa Penganjur ANAM 2020.

Artis terkenal Raihan, Rabbani, Hijjaz, Brothers dan Inteam memberikan persembahan istimewa untuk peminat. Begitu juga penampilan nyanyian daripada Dato’ Jamal Abdillah, Naim Daniel, Khai Bahar, dan Colour of Voices turut menghiburkan penonton. Manakala selebriti yang bakal tampil di pentas ANAM 2020 sebagai penyampai anugerah pula adalah Altimet, Dato’ Nash, Along Exist dan IM Ashraf.

ANAM 2020 menampilkan pengacara popular Farah Fauzana bersama artis nasyid terkenal Hafiz Hamidun yang mana gandingan mereka berpengalaman luas dalam bidang pengacaraan dan pengetahuan mendalam dalam bidang nasyid tanah air.

Malam pengiktirafan dan penghormatan tertinggi bagi penggiat industri nasyid ini menyaksikan buat julung kalinya anugerah nasyid dapat disampaikan dengan penuh berprestij dengan penglibatan dua kementerian iaitu Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Acara bersejarah dianjurkan oleh Munsyid Malaysia ini turut mendapat sokongan daripada Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Yayasan Taqwa-MAIWP dan Pusat Pengutan Zakat – (MAIWP) sebagai rakan strategik ANAM 2020.

Saksikan siaran langsung Anugerah Nasyid Malaysia 2020 (ANAM 2020) menerusi saluran TV1.

Jangan lupa mengundi artis nasyid pilihan anda di portal rasmi ANAM 2020

WHAT'S YOUR REACTION?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

The Waleed

I want to write an online bio, but I can't describe myself!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button